KUALA LUMPUR:Kelulusan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat semalam selepas melalui tempoh tegang ketika perbahasan, memberikan keyakinan bahawa kepentingan rakyat dan negara terutama dalam meningkatkan keupayaan kewangan rakyat pada waktu sukar dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 terus dibela.
Walaupun terdapat cubaan menolak belanjawan dengan peruntukan RM322.5 bilion itu, akhirnya majoriti ahli Parlimen meluluskan belanjawan itu di peringkat dasar.
Penganalisis ekonomi turut menyifatkan penambahbaikan yang diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz khususnya membabitkan moratorium pinjaman bank, pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan langsung yang diperluaskan amat diperlukan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19, dan wajar mendapat sokongan.
Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Anuar Bali Mohamed berkata kelulusan Belanjawan 2021 ini akan membolehkan kerajaan memberi fokus dalam memberi bantuan kepada rakyat terutama dalam aspek peluang pekerjaan.
Isu pengangguran merupakan isu paling menekan rakyat ketika ini terutama dengan kelembapan ekonomi berikutan pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.
Menurut rekod Sistem Insurans Pekerjaan (EIS), sejumlah 95,995 individu diberhentikan kerja sejak Januari hingga 13 Nov 2020 dan kadar pengangguran rasmi pada September adalah 4.6 peratus yang bermaksud terdapat 737,500 orang yang tidak bekerja, katanya.
"Dengan kelulusan belanjawan ini, kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk bernafas bagi meneruskan operasi kerana mereka (PKS) membuka 66 peratus peluang pekerjaan," katanya kepada Bernama.
Dewan Rakyat semalam meluluskan Belanjawan 2021 dengan sokongan undi majoriti ahli Parlimen di peringkat dasar selepas Menteri Kewangan melakukan beberapa pindaan berdasarkan saranan ahli Parlimen yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 yang dibentangkan 6 Nov lepas.
Sebelum ini, terdapat ura-ura Belanjawan 2021 berdepan laluan sukar untuk diluluskan ekoran sokongan bersyarat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang antara lain menuntut pelanjutan moratorium automatik selama enam bulan, menuntut pengeluaran sekali gus RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP dan mempertikaikan cadangan mewujudkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) membabitkan peruntukan RM85.5 juta.
Anuar berkata melalui belanjawan yang diluluskan ini juga dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan melalui Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang memperuntukkan sebanyak RM3.7 bilion untuk 500,000 peluang pekerjaan.
Menurut Anuar lagi, melalui belanjawan terbesar dalam sejarah negara ini juga akan dapat memperkasakan agenda Bumiputera apabila kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM11.1 bilion bagi pembangunan ekonomi Bumiputera, meningkat RM3.1 bilion atau 28 peratus berbanding tahun lepas.
Selain itu, kadar indeks kemiskinan kaum Bumiputera juga lebih tinggi berbanding kaum lain iaitu Bumiputera 7.2 peratus, Cina 1.4 peratus dan India 4.8 peratus.
Dalam ucapan penggulungannya semalam, Tengku Zafrul mengumumkan pengeluaran i-Sinar KWSP akan diperluaskan daripada dua juta kepada lapan juta pencarum KWSP yang terjejas akibat COVID-19 dan meningkatkan had pengeluaran kepada RM10,000 (bagi individu yang mempunyai simpanan RM90,000 dalam akaun 1 KWSP).
Menteri Kewangan juga turut mengumumkan bantuan secara sekali beri kepada semua petugas barisan hadapan (polis, tentera, Rela dan lain-lain) sebanyak RM300 yang sebelum ini hanya diberikan kepada petugas kesihatan (bantuan sekali beri RM500).
Bagi penganalisis ekonomi Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, belanjawan yang diluluskan semalam akan membantu meningkatkan kecairan dalam pasaran melalui bantuan kewangan secara langsung atau tidak langsung kepada kelompok terjejas.
Katanya kemudahan pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP yang diperluaskan kepada lapan juta pencarum yang terjejas akibat COVID-19 dan peluasan kemudahan moratorium kepada kelompok M40 adalah bantuan tidak langsung kepada pihak memerlukan.
"Saya lihat penambahbaikan yang diumumkan dalam belanjawan ini adalah baik dari segi meningkatkan kecairan dalam pasaran melalui bantuan kewangan secara langsung dan tidak langsung, misalnya, kemudahan moratorium walaupun tidak diberi secara pukal selama enam bulan tetapi ia diperluaskan kepada semua kelompok secara bersasar.
"Kalau dulu moratorium hanya kepada B40 dan mikro, sekarang ia diperluaskan kepada kelompok M40 dan T20 yang layak. Begitu juga kemudahan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP kepada lapan juta pencarum adalah bantuan secara tidak langsung kepada rakyat," katanya.
Apa yang boleh disimpulkan, Belanjawan 2021 yang diluluskan secara dasarnya semalam memperlihatkan kematangan politik negara dalam memberi keutamaan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan negara.
Rakyat pastinya menarik nafas lega kerana ahli politik kembali kepada asas hakiki peranan mereka dalam memastikan kestabilan negara yang sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020
Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2021 dengan sokongan undi majoriti ahli Parlimen di peringkat dasar selepas Tengku Zafrul melakukan beberapa pindaan berdasarkan saranan ahli Parlimen yang membahaskan RUU Perbekalan 2021. --fotoBERNAMA
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
Isu beras: 'Boleh tegur, tapi jangan maki hamun' - Mat Sabu
Mohamad berkata tidak salah memberi teguran, tetapi sebaiknya dilakukan dalam cara lebih sesuai.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Kerajaan negeri komited laksana Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya - Hajiji
Pelbagai program telah dilaksanakan melalui pelan itu namun masih terdapat perkara yang dalam tindakan kerajaan negeri.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Jangan terlalu berpolitik, sabotaj usaha kerajaan selesai isu rakyat Sabah
Nizam berkata kerajaan negeri diterajui GRS-PH Plus sentiasa memberi fokus membangunkan Sabah dan meningkatkan hasil negeri.
Pengundian pilihan raya Presiden Pakistan bermula
Proses pengundian bagi pilihan raya presiden Pakistan antara dua calon, termasuk bekas Presiden Asif Ali Zardari, bermula pada Sabtu.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
"Rakyat tercari-cari Anwar Ibrahim yang dulu" - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Anwar pandai berjanji semasa menjadi pembangkang namun kini dilihat seolah-olah tidak menepati janji.