awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021 disifatkan sebagai 'ibu segala bajet', perlu berpihak kepada rakyat

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2020
07:46 MYT
Belanjawan 2021 disifatkan sebagai 'ibu segala bajet', perlu berpihak kepada rakyat
Fakhrurrazi Rashid berkata, Ahli Parlimen kedua-dua blok pembangkang dan kerajaan perlu bekerjasama dalam merencanakan hala tuju Belanjawan2021 sebagai agenda untuk rakyat. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada minggu depan disifatkan sebagai 'ibu segala bajet'.
Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, ini kerana belanjawan pada kali ini bakal menyaksikan hala tuju negara dalam menyelesaikan krisis yang melanda negara.
"Kali ini, negara berdepan dengan tiga krisis termasuk kesihatan, ekonomi dan politik pada masa yang sama.
"Jadi Belanjawan 2021 sepatutnya memfokus kepada isu-isu yang memihak kepada rakyat seperti mewujudkan perkerjaan dan sebagainya," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Fakhrurrazi berpendapat Ahli Parlimen kedua-dua blok pembangkang dan kerajaan perlu bekerjasama dalam merencanakan hala tuju Belanjawan2021 sebagai agenda untuk rakyat.
Pada masa yang sama katanya, pembangkang juga perlu diberi peluang untuk mencadangkan beberapa dasar alternatif supaya menjadi sebahagian daripada Belajawan 2021.
"Saya rasa ini adalah konsensus penting kepada Parlimen kerana ia akan menambahkan kematangan Parlimen dan pllitik yang lebih baik selain memberi satu desakan kepada Parlimen untuk menyelesaikan isu-isu rakyat," jelasnya.
Beliau menjelaskan, kerajaan dijangka memberi satu peruntukan yang besar bagi memulih dan membangunkan semula ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Belanjawan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#Belanjawan 2021
#rakyat
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan