awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: "Kenapa JASA dapat RM81 juta?" - Syed Saddiq

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/11/2020
13:02 MYT
Belanjawan 2021: "Kenapa JASA dapat RM81 juta?" - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengkritik dan mempersoalkan kenapa JASA memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengkritik peruntukan RM81 juta oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mempersoalkan kenapa jabatan berkenaan memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain.
"Dahulu bawah BN (Barisan Nasional) pun (dapat) RM30 juta. Malangnya, peruntukan baik pulih sekolah daif dikurangkan ke RM58 juta.
"Peruntukan kesihatan mental hanya RM24 juta," kata beliau dalam ciapan di akaun Twitter peribadinya.
JASA dihidupkan semula. Peruntukkan Cybertroopers Kerajaan kini (JASA) RM81JUTA!!!!! Dahulu bawah BN pun RM30juta. Malangnya, Peruntukkan baik pulih sekolah daif dikurangkan RM58juta. Peruntukkan kesihatan mental hanya RM24juta. Bersiap sedialah untuk dihujani Cytros
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 6, 2020
Sentimen itu turut dikongsi oleh ADUN Ketari, Young Syefura Othman.
"JASA dapat RM80 juta, Projek Bekalan Air FELDA pun hanya dapat RM51 juta.
"Projek Jalan FELDA dimansuhkan terus.
"Harap orang FELDA cari nanti apa fungsi JASA ni," katanya.
JASA dapat RM80 juta, Projek Bekalan Air FELDA pun hanya dapat RM51 juta. Projek Jalan FELDA dimansuhkan terus. Harap orang FELDA cari nanti apa fungsi JASA ni. pic.twitter.com/vCPEueslWg
— YS (@youngsyefura) November 6, 2020
Jabatan itu sebelum ini didakwa memainkan peranan sebagai unit propaganda yang digunakan oleh kerajaan BN untuk menyerang pemimpin pembangkang.
Ia kemudiannya dimansuhkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih pada 2018.
Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat, kerajaan PN kembali menghidupkan JASA dengan peruntukan RM85.5 juta.
Berdasarkan anggaran perbelanjaan Persekutuan, terdapat dua peruntukan untuk jabatan berkenaan di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru.
Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185 peratus daripada RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan BN di bawah Belanjawan 2018.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Muar
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
#jasa
#Young Syefura Othman
#Belanjawan 2021
#Malaysia Bangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan