KUALA LUMPUR:Kerajaan akan membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu mulai 1 Januari 2021 sebagai antara strategi menambah baik kutipan hasil bagi membasmi aktiviti penyeludupan, terutama barangan berduti tinggi.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pada tarikh sama, kerajaan akan turut memperketat pembaharuan lesen import rokok menerusi semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import dan mengehadkan aktiviti transit dagangan rokok di pelabuhan tertentu.
"Kerajaan akan mengenakan cukai dengan kemudahan pulangan balik atau 'drawback' ke atas semua rokok import bagi tujuan transit dagangan dan eksport semula.
"Selain itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan aktiviti transit dagangan dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit dan akan mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai mulai 1 Januari 2021," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan turut mengenakan duti eksais pada kadar 'ad valorem' 10 peratus membabitkan semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik, termasuk vape yang turut berkuatkuasa pada 1 Januari depan.
Malah, cecair rokok elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen bagi setiap mililiter, katanya.
"Pada masa ini, hasil kerajaan adalah sekitar 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK), termasuk hasil berkaitan petroleum sekitar 3.0 peratus.
"Kerajaan perlu memastikan sumber hasil adalah mampan dan mampu membiayai perbelanjaan terutamanya perbelanjaan mengurus," katanya.
Beliau berkata, pasukan petugas pelbagai agensi akan turut diperkasa dengan penyertaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 06 2020

Kerajaan akan mengenakan cukai dengan kemudahan pulangan balik atau 'drawback' ke atas semua rokok import bagi tujuan transit dagangan dan eksport semula. - Gambar hiasan

Kerjasama Muda-Warisan tidak boleh ketepikan Sarawak - Penganalisis politik
Bagaimanapun, Romzi berkata, kerjasama itu tidak seharusnya mengenepikan Sarawak.

Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa berkuat kuasa Rabu ini - KPDNHEP
KPDNHEP akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini.
![[TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan [TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900538/25447324901618821456635_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Ikuti secara langsung Majlis Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. #AWANIterkini #HapusCOVID19

Padah bakar rumah sendiri, buruh kritikal, rakan maut
Seorang pekerja ladang warga Indonesia dipercayai telah menyimbah petrol di ruang tamu rumah berkenaan sebelum menyalakan api.

Kerajaan tidak ambil peluang lakukan perubahan ketika darurat - Pakar ekonomi
Darurat tak semestinya buruk jika pihak pemerintah ada pakar yang baik.

Tolak isteri jatuh kondominium, tukang masak dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Daneesh Xavier, 34, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Sarawak tubuhkan Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 (SCOVAG)
SCOVAG berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak mengenai vaksin COVID-19.

Enam positif COVID-19 selepas lengkapkan vaksin di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengesahkan enam individu yang terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia negeri, dijangkiti COVID-19 selepas menerima dua dos suntikan vaksin.

PRU15 | Kerjasama Muda dan Warisan
Khabar angin mengenai gabungan warisan dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semakin jelas. Perkara itu disahkan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menyifatkan adalah penting untuk Warisan dan Muda mewujudkan satu landasan yang memungkinkan pemimpin pelapis dapat dilahirkan. Bagi mengulas mengenai perkara itu bersedia di talian Penyelidik Geopes Ums, Dr Romzi Ationg.

Undi18: Jabatan Peguam Negara bantah permohonan semakan kehakiman
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, bantahan itu dibuat atas alasan permohonan itu adalah pramatang selain remeh.

Belanjawan 2021: Pengeluaran lesen import rokok baharu dibekukan mulai 1 Januari
Kerajaan akan membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu mulai 1 Januari 2021.