awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Cukai Barangan Mewah diperkenalkan tahun ini

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
24/02/2023
08:40 MYT
Belanjawan 2023: Cukai Barangan Mewah diperkenalkan tahun ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah bermula tahun ini.
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barangan Mewah termasuk membabitkan jam tangan dan pakaian bermula tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Jumaat.
Selaras amalan terbaik antarabangsa, Kerajaan juga katanya akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.
"Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini," tambahnya.
Jelas Anwar, ia merupakan pendekatan lebih progresif Kerajaan sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan.
BACA SEMUA MENGENAI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Cukai Barangan Mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan