KUALA LUMPUR: Pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak dua peratus dalam Belanjawan 2023, secara relatifnya dapat memberikan lebihan duit poket kepada golongan yang terlibat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, walaupun lebihan hingga RM1,300 itu bukan dalam bentuk tunai, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan kesejahteraan kepada mereka yang terlibat, kerana lebihan yang ada boleh mengurangkan bebanan kos sara hidup keluarga masing-masing.
"Umpamanya, untuk mengurangkan kos pengurusan keluarga ekoran pertambahan jumlah ahli keluarga serta untuk mengurangkan perbelanjaan persekolahan anak-anak, seperti dalam soal pembelian buku teks anak-anak kerana kita lihat itu termasuk dalam pengurangan kos bebanan keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif mengenai Belanjawan 2023 di Nasional FM hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, bermula tahun ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan setiap banjaran pendapatan lebih RM35,000 hingga RM100,000.
Perdana Menteri berkata, pengurangan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai, sekali gus menambah pendapatan boleh guna golongan M40 sehingga RM1,300.
Ahmad Zahid berkata, penurunan kadar cukai itu juga penting, kerana selari dengan hasrat Perdana Menteri untuk mengeluarkan rakyat dalam kelompok B40 dan M40 daripada kesempitan dan kekangan pengurusan kewangan.
"Kalau kita lihat dalam struktur masyarakat, kumpulan T20 merangkumi kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia memperoleh pendapatan pada paras tertentu, kumpulan M40 berpendapatan menengah dan sederhana serta B40 berpendapatan rendah.
"Namun, selepas pandemik COVID-19, kumpulan M40 mungkin hanya tinggal 20 peratus iaitu menjadi M20 kerana yang kononnya berpendapatan menengah dan sederhana itu berada di kumpulan B40. Jadi kumpulan B40 mungkin sudah menjadi kumpulan B60.
"Oleh itu, bagaimanakah kaedah terbaik untuk membantu? Maka dalam keadaan itulah, apa yang dihasratkan Perdana Menteri ialah untuk mengeluarkan semua mereka dalam kumpulan M40 ini daripada kesempitan dan kekangan pengurusan kewangan keluarga, maka langkah-langkah ini (penurunan kadar cukai) dilakukan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak dua peratus dalam Belanjawan 2023, secara relatifnya dapat memberikan lebihan duit poket kepada golongan yang terlibat, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail
Putin angkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima pada Selasa
Vladimir Putin akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima yang akan berlangsung di ibu negara, Moscow pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
FAM tingkat kawalan keselamatan pemain Harimau Malaya semasa tugasan rasmi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan melakukan lawatan rasmi ke Turkiye pada Jun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dari segi pertahanan antara kedua-dua negara.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
Tumpuan Selasa - 07 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hamidin masih ada misi yang belum selesai sebagai Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tiada agenda pluralisme agama - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menafikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 esok ada kaitan dengan agenda pluralisme agama.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.