awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: Sulaiman harap peruntukan penyuraian trafik, pendidikan diluluskan

Bernama
Bernama
20/02/2023
01:40 MYT
Belanjawan 2023: Sulaiman harap peruntukan penyuraian trafik, pendidikan diluluskan
Sulaiman beramah mesra dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan #SPM2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan, Bukit Baru, hari ini. -Bernama
MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berharap agar peruntukan mengenai penyuraian trafik dan pendidikan yang dimohon kerajaan negeri dalan Belanjawan 2023 diluluskan kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata beberapa projek berkaitan penyuraian trafik amat penting untuk dilaksanakan di Melaka memandangkan negeri itu terkenal dengan aktiviti pelancongan.
"Pasca-COVID-19 ketika ini menyaksikan ramai pelancong yang hadir ke Melaka, jadi bagi menyuraikan aliran trafik ini kita kemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan.
"Begitu juga dengan pendidikan... terdapat beberapa sekolah perlu diberi perhatian apabila ada cerun yang mengalami kegagalan terutama di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan beramah mesra dengan 246 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sulaiman Md Ali
#peruntukan penyuraian trafik
#peruntukan pendidikan
#Belanjawan 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan