awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: KPWKM fokus tingkat latihan ekonomi penjagaan

Bernama
Bernama
26/09/2023
21:15 MYT
Belanjawan 2024: KPWKM fokus tingkat latihan ekonomi penjagaan
Nancy berkata, KPWKM turut komited untuk terus memperkukuh 2YEP bagi membantu lebih ramai golongan wanita terlibat dalam perniagaan seterusnya menjana ekonomi dan pendapatan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) antara lain akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan latihan dan bimbingan dalam aspek ekonomi penjagaan pada Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan Oktober ini.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata komitmen itu penting untuk memenuhi permintaan pasaran selain memastikan individu terlibat dalam ekonomi penjagaan, yang merujuk kepada pekerjaan menyediakan perkhidmatan bagi membantu individu memerlukan, adalah daripada kalangan terlatih dan berkemahiran.
"Ini kerana ada yang mengatakan tidak ada orang untuk diberi pekerjaan bagi menjaga orang yang memerlukan (seperti) orang kurang upaya (OKU) termasuk kanak-kanak dan orang tua.
"Justeru, ini antara fokus kita untuk melahirkan mereka yang menjadi penjaga adalah orang yang terlatih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penjanaan Pendapatan Wanita (Wejana) 2023 Sabah di sini semalam.
Nancy berkata kementeriannya turut komited untuk terus memperkukuh "2 Year Exit Programme" (2YEP) bagi membantu lebih ramai golongan wanita terlibat dalam perniagaan seterusnya menjana ekonomi dan pendapatan.
Mengenai Wejana 2023, Nancy berkata program itu memberi fokus kepada golongan suri rumah yang terlibat dengan penjagaan tanpa gaji supaya mereka mampu memperoleh pendapatan dan pada masa sama menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga.
Beliau berkata objektif utama program itu ialah untuk membimbing peserta menjana sekali gus meningkatkan pendapatan kendiri dan memberi latihan sistematik bagi memulakan perniagaan khususnya dalam talian.
Menurutnya 35 daripada 200 peserta terpilih menyertai program itu adalah dari Sabah, dengan empat aspek diketengahkan dalam modul bimbingan iaitu pengurusan kewangan, jualan dan pemasaran, penjenamaan perniagaan serta perkhidmatan pelanggan.
Nancy berkata Wejana juga adalah antara komitmen kementeriannya untuk menyediakan ekosistem yang menyokong usaha meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi selain bantuan kewangan bagi program Wanita Bangkit menerusi Yayasan Kebajikan Negara.
"Ini adalah kesinambungan program pemerkasaan wanita dilaksanakan secara strategik melalui agensi KPWKM bagi menjana pendapatan kaum wanita dan mengurangkan kebergantungan kepada orang lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Belanjawan 2024
#KPWKM
#Ekonomi Penjagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan