awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Peruntukan KPM mampu martabat pendidikan manusiawi - Fadhlina

Bernama
Bernama
14/10/2023
04:59 MYT
Belanjawan 2024: Peruntukan KPM mampu martabat pendidikan manusiawi - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya menyambut baik peruntukan berkenaan dan akan menggunakannya dengan penuh tanggungjawab. - Gambar/ Astro AWANI
KANGAR: Peruntukan RM58.7 bilion kepada sektor pendidikan dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, disifatkan belanjawan yang mampu memartabatkan pendidikan manusiawi di negara ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya menyambut baik peruntukan berkenaan dan akan menggunakannya dengan penuh tanggungjawab.
"Alhamdulillah KPM masih lagi menjadi kementerian menerima peruntukan terbesar. Paling penting dalam konteks dasar adalah jelajah pendidikan masa depan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis 2023 di sini hari ini.
Semalam media melaporkan yang pendidikan kekal sebagai komponen utama menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2024 apabila RM58.7 bilion diperuntukkan kepada KPM berbanding RM55.2 bilion pada 2023.
Perdana Menteri berkata sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah di seluruh negara.
Selain itu, sebanyak 26 sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek RM2.5 bilion termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-Laya, Tuaran Sabah; SMK Baie, Bintulu, (Sarawak); SMK Seri Melati, Kuantan (Pahang); SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar (Perak) dan SMK Binjai, Kota Bharu (Kelantan).
Sebanyak 18 blok baharu Pendidikan Khas juga akan dibina dengan peruntukan RM180 juta melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda (Pulau Pinang) dan SMK Dato Ali Ahmad (Perlis) dalam usaha memperkasa dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas.
Fadhlina berkata pembinaan 26 sekolah baharu yang diumumkan perdana menteri dalam belanjawan itu merupakan peruntukan terbesar pernah diterima oleh KPM.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#KPM
#Belanjawan 2024
#Fadhlina Sidek
#pendidikan manusiawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan