awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Sarawak 2020 tawar air, perkhidmatan bas sekolah percuma

Bernama
Bernama
04/11/2019
05:22 MYT
Belanjawan Sarawak 2020 tawar air, perkhidmatan bas sekolah percuma
Abang Johari berkata kerajaan negeri turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan bas sekolah percuma tahun depan bagi keselesaan pelajar . - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Sarawak bercadang untuk memperkenalkan program air percuma yang dianggar memberi manfaat kepada 600,000 akaun isi rumah di seluruh negeri ini, bermula tahun depan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata di bawah program itu, setiap isi rumah dari kawasan bandar dan luar bandar, akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama dalam bil air bulanan mereka.
"Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM40 juta," katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri, berkata kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan bantuan khas bagi penjagaan selepas bersalin dengan pembiayaan berjumlah RM18 juta diperuntukkan tahun depan sebagai bantuan tambahan kepada kalangan ibu untuk meringankan bebanan mereka selepas melahirkan anak.
"Setiap ibu akan menerima RM450 berkuat kuasa 1 Januari 2020," katanya, dan menambah, ini adalah sambungan kepaa insentif yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2019, yang mana setiap bayi Sarawak yang baru dilahirkan akan menerima RM1,000," katanya.
Selain itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan bas sekolah percuma tahun depan bagi keselesaan pelajar dari sekitar Bandaraya Kuching untuk pergi dan balik sekolah.
Katanya perkhidmatan itu, berdasarkan konsep 'hop-on hop-off', dan pelajar boleh menaiki bas dari mana-mana tempat di sepanjang laluan bas dan kemudian turun di sekolah masing-masing.
"Idea ini timbul kerana kami mengambil maklum beban kewangan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dalam menangani kos pengangkutan ke sekolah.
"Selain itu, perkhidmatan ini akan turut membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar. Ini akan menjadi inisiatif perintis kami dan akan diperkenalkan di bandar raya lain di Sarawak yang padat dengan penduduk, apabila diperlukan," katanya.
Beliau berkata bagi membantu siswazah anak Sarawak yang berdepan kesukaran membayar balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi mengusahakan mekanisme terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan.
Topic Berkaitan
#Abang Johari
#Air percuma
#Bas Sekolah Percuma
#BelanjawanSarawak 2020
#kerajaan negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan