JOHOR BAHRU: Kerajaan diminta menaikkan bantuan tambahan kepada ibu dan bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dalam Belanjawan 2024.
Sebelum ini bantuan tambahan RM500 kepada ibu tunggal diteruskan dan mereka juga layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000 dalam Belanjawan 2023 berbanding RM2,500 menerusi Belanjawan 2022.
Ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Cecelia Das, 41, berkata, kerajaan perlu menimbang untuk menambah jumlah bantuan sedia ada kerana kos sara hidup ketika ini tinggi disebabkan kenaikan harga barang.
Dia yang berasal dari Apin-apin, Keningau, Sabah dan kini menetap di Bandar Bistari Perdana, Pasir Gudang dekat sini berkata, perbelanjaan barang dapur ketika ini tidak sama seperti tahun lalu.
“Semua perbelanjaan naik mendadak. Peningkatan kos sara hidup sangat ketara di sini. Gaji saya sebagai pekerja kilang di Tampoi memang tidak cukup.
“Kami sekeluarga hidup seadanya. Rumah sewa saya sudah tiada bekalan air sebab dipotong hampir sejak Februari lalu.
“Kami hidup dengan mendapat bekalan air dari rumah jiran dan menadah air hujan.
“Saya harap Bajet 2024 akan mencari jalan meringankan beban kami dalam keadaan harga barang yang tinggi,” ujar ibu kepada tiga anak berusia 16, 18 dan 19 tahun ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, ibu tunggal terutama golongan B40 perlu juga diberikan Insentif Bantuan Khas Ibu Tunggal secara sekali bayar (one-off) atau bakul makanan bagi meringankan beban dalam belanjawan tersebut.
Bagi Siti Rahayu Saidon, 34, dari Kampung Seri Bahagia, Plentong di sini pula mencadangkan satu program keusahawanan perlu diwujudkan dalam Belanjawan 2024 bagi meringankan bebanan golongan ibu tunggal sekali gus dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.
Dia yang menumpang di rumah ibu bapanya berkata, golongan tersebut masih kekurangan ilmu pengetahuan, kemahiran, rangkaian sosial dan internet, sumber kewangan serta konflik dalam tanggungjawab antara kerja serta keluarga.
Ibu tunggal kepada tiga anak itu berkata, program seperti itu amat membantu sekali gus menyediakan peluang untuk golongan tersebut berdikari.
“Namun ketika ini saya tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak sulung yang lumpuh separuh badan sejak kecil manakala anak bongsu pula baru menjalani pembedahan bagi menebuk lubang dubur pada Julai lalu dan masih menggunakan beg stoma,” ujarnya.
Sementara itu, Norizan Marsandi, 46, dari Taman Waja, Segamat pula berharap satu dana khas untuk kesihatan diperuntukkan dalam bajet tahun depan terutama untuk ibu tunggal atau golongan B40 yang memerlukan.
Dia yang merupakan ibu kepada enam cahaya mata berkata, dana tersebut amat diperlukan terutama anak kelimanya yang berusia 14 tahun menghidap penyakit jantung berlubang dan perlu melakukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN). - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023
Kerajaan perlu menimbang untuk menambah jumlah bantuan sedia ada kerana kos sara hidup ketika ini tinggi. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Dari kiri, Cecelia, Siti Rahayu dan Norizan.
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.
Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun
Melalui program berkenaan, penduduk bukan sahaja meraih pendapatan tambahan, malah turut menimba ilmu kemahiran menternak ikan keli.
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.