MELAKA: Golongan belia khususnya mereka yang tidak mahu menyambung pelajaran di peringkat universiti, disaran mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan di kolej komuniti dan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata pendekatan itu, membantu golongan belia mendapatkan sijil kemahiran dalam bidang yang mereka minati, sekali gus membantu mereka mempunyai kemahiran diiktiraf serta dapat meningkatkan taraf ekonomi, khususnya menerusi bidang keusahawanan.
"Kita mempunyai pelbagai kursus yang ditawarkan di bawah PSH, terutama melibatkan kursus jangka pendek, dan Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sedang giat memperluaskan serta mempromosikan program ini.
"Fokus kita ialah golongan anak muda... sekarang ini kita agak gusar kerana ramai dalam kalangan mereka tidak mahu melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya kepada pemberita di sini semalam
Beliau berkata demikian selepas Program Jejak TVET MADANI @ Polycc dan Sesi Lawatan Kerja ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, di sini.
Mustapha berkata program PSH berbentuk kursus jangka pendek yang ditawarkan pada harga minima, khususnya di rangkaian kolej komuniti seluruh negara, bertujuan memastikan golongan belia yang tidak mahu menyambung pelajaran tidak tercicir.
"Seperti yang kita sedia maklum, industri gig di negara ini sentiasa berubah, yang tidak berubah ialah sijil kemahiran yang diperoleh.
"Dengan sijil yang diperoleh, golongan belia mudah mendapat pekerjaan serta membuka perniagaan dalam bidang yang diikuti," katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan Pusat Inkubator Lab X Coffee Lounge yang diusahakan alumni pelajar kolej komuniti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Mustapha (dua, kiri) menyempurnakan perasmian sebuah kafe pada Program Jejak TVET MADANI @ POLYCC di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, 17 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services, Masdar
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat berasingan daripada delegasi syarikat AWS dan Masdar di pejabat beliau di Putrajaya bagi membincangkan perancangan pelaburan dua syarikat itu di Malaysia.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
10 Berita Pilihan - (29 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesihatan 'Timoh London' semakin merosot, keluarga mohon doa
Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Tumpuan Khamis – 30 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis Melaka tahan 17 individu disyaki curi kabel sejak setahun lepas
Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Isu Parallel Pathway: Menteri Kesihatan bentang kertas cadangan kepada Kabinet 5 Jun ini
UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel Pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik.
Konsep 'education on the go' pupuk minat orang ramai sambung belajar
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UM) menerapkan konsep education on the go bagi memupuk minat golongan pekerja.
DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR - Muhyiddin
Sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pembelajaran serta bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian.
UTHM mahu kuota sedia ada program matrikulasi dikekalkan
UTHM akan sentiasa membantu negara mencapai agenda nasional iaitu memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi melalui wadah pendidikan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
Pembelajaran sepanjang hayat asas perubahan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah terdapat beberapa inisiatif penting di dalam perlaksanaan tersebut di Malaysia yang melibatkan usaha untuk mengenalpasti pengalaman seorang pelajar.