PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Terjemahan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu adalah terjemahan pertama dalam bahasa Melayu.
Anwar dalam ucapannya berkata terjemahan kitab berkenaan penting dan mempunyai kupasan menyeluruh meliputi pelbagai aspek.
"Itu kupasan menyeluruh dari aspek fiqh perundangan, latar belakangnya, tumpuan kepada permasalahan kemiskinan dan pengurusan lebih cekap. Oleh itu dalam soal zakat, kupasan itu sangat menyeluruh," katanya.
Sementara itu, PPZ-MAIWP dalam kenyataan sempena pelancaran itu memaklumkan kitab berkenaan membincangkan secara komprehensif dan khusus mengenai isu-isu berkaitan zakat sama ada dari aspek teori mahupun persoalan kontemporari.
Kitab Fiqh Zakat karya Agung Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi merupakan rujukan utama dalam aspek hukum dan pengoperasian zakat.
Pengisiannya menjadi rujukan untuk penambahbaikan dan kemajuan bagi institusi zakat di Malaysia, menurut PPM-MAIWP.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata umat Islam perlu menimba ilmu dengan kebijaksanaan dan kefahaman tinggi supaya kupasan ilmu tidak disalah tafsir.
Beliau turut menggesa pengimarahan masjid serta aktiviti tradisi ilmu dipertingkatkan di semua peringkat.
"Ini cara Kerajaan MADANI untuk memaknai dan hayati agama Islam supaya ada kefahaman lebih," katanya.
Sementara itu, beliau sekali lagi menegaskan pendirian Malaysia berhubung konflik Palestin-Israel dengan negara kekal menolak kezaliman yang berlaku ketika ini.
"Ada keperluan ulangi ketegasan nasib dan derita keluarga dan sahabat di Gaza dan serangan bertubi tubi dan hilang tahap kemanusian," katanya.
Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 36,171 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
Anwar menyampaikan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu kepada S S Syeikh Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi pada Majlis Ilmu MADANI di Kompleks Seri Perdana. - Gambar Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.
Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.
PM umum tambahan RM200 juta perkasa program TVET
Kerajaan mengumumkan pembiayaan tambahan RM200 juta bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 13,000 orang pelajar.