awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Negara-negara Arab tutup ruang udara susulan serangan Iran ke atas pangkalan AS di Qatar
BISNES
Kecurian kabel ancam jadual siap ECRL - CEO MRL
SUKAN
Piala Negara-Negara dedah kelemahan Speedy Tigers
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Belia luar bandar Sabah digesa kuasai bahasa Inggeris, rebut peluang sektor pelancongan

Bernama
Bernama
23/06/2025
20:45 MYT
Belia luar bandar Sabah digesa kuasai bahasa Inggeris, rebut peluang sektor pelancongan
Joniston berkata, menguasai bahasa itu satu kemahiran penting untuk membantu pelajar luar bandar berjaya dalam dunia yang semakin pesat berubah. - Gambar fail
KIULU: Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai menggesa belia luar bandar supaya menguasai bahasa Inggeris untuk merebut peluang dalam bidang pelancongan serta sebagai landasan bagi kemajuan kerjaya dan keperibadian.
Beliau berkata, menguasai bahasa itu satu kemahiran penting untuk membantu pelajar luar bandar berjaya dalam dunia yang semakin pesat berubah.
Memandangkan pelancongan berasaskan komuniti kian mendapat sambutan, beliau berkata kawasan luar bandar seperti Kiulu kini menerima lebih ramai pelawat sekali gus membuka peluang kepada belia tempatan untuk menjadi pemandu pelancong, dan berinteraksi sambil memperkenalkan keunikan kehidupan di kampung mereka.
"Andai pelajar kita yakin berbahasa Inggeris, maka mereka boleh mengetuai aktiviti pelancongan, berinteraksi dengan pelawat antarabangsa, selain mengetengahkan komuniti mereka dengan lebih berkesan," katanya dalam kenyataan selepas pelancaran Program Literasi Bahasa Inggeris untuk Pelajar Luar Bandar di SMK Tun Fuad Stephens, di sini, pada Isnin.
Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah berkata, potensi Kiulu yang semakin berkembang sebagai destinasi kem musim panas bagi pelajar antarabangsa menjadikan kepentingan komunikasi dalam bahasa Inggeris lebih penting untuk generasi muda.
Malah, penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja mustahak untuk sektor pelancongan tetapi juga dalam membina asas kukuh bagi merebut peluang pekerjaan dan kemajuan kerjaya pada masa hadapan.
"Banyak syarikat hari ini melaksanakan urusan mereka dalam bahasa Inggeris, sama ada menulis e-mel, menyediakan kontrak, atau menguruskan dokumen penting dan rasmi.
"Bahkan, beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Pelancongan Sabah turut menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian, terutamanya ketika berurusan di peringkat global," katanya.
Joniston mengingatkan pelajar bahawa kemahiran berbahasa kini sering disenaraikan sebagai syarat dalam permohonan pekerjaan, dan penguasaan bahasa Inggeris yang baik memberi kelebihan untuk bersaing mendapatkan peluang pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#belia luar bandar
#Sabah
#bahasa Inggeris
#joniston bangkuai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami