KUALA LUMPUR:Anak muda Malaysia, Mogesh Sababathy bakal mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai finalis, Anugerah Belia Komanwel tahun ini.
Menurut laman web Komanwel (thecommonwealth.org), Mogesh, 23, adalah antara 20 individu muda luar biasa termasuk pencipta, aktivis dan usahawan dari 18 negara yang telah disenarai pendek.
Projek Mogesh tertumpu kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SGD) Life Below Water.
"Mogesh adalah pengasas bersama Project Ocean Hope, sebuah kumpulan yang diterajui belia yang bertujuan meningkatkan kebolehlihatan isu lautan dan pemuliharaan alam sekitar melalui kempen dan latihan kepimpinan belia.
"Kumpulan ini juga telah menjalankan projek komuniti pendidikan untuk mengurangkan amalan membuang sampah dan tangkapan ikan yang tidak lestari dan siri webinar celik lautan mengenai pengurusan sisa, yang telah mencapai lebih 10,000 individu di 15 negara," menurut laman web itu.
Anugerah ini mengiktiraf anak-anak muda Komanwel yang cemerlang iaitu projeknya mengubah kehidupan dalam komuniti mereka dan membantu mencapai SDG. Lebih 1,000 penyertaan dari 43 negara Komanwel diterima tahun lepas.
Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mogesh yang berasal dari Kinrara, Puchong, Selangor berkata dipilih sebagai finalis anugerah berprestij itu bukan kejayaannya seorang, tetapi ia untuk semua anak muda Malaysia yang bersemangat dan telah bekerja keras untuk kelestarian alam sekitar.
"Saya terima berita gembira itu melalui e-mel daripada Komanwel semalam dan saya betul-betul tergamam sebaik membuka e-mel.
"Saya disaran memohon anugerah itu sekitar Oktober tahun lalu oleh Majlis Belia Malaysia, yang mengiktiraf projek kami dan kami telah bekerjasama rapat melalui Project Ocean Hope sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Komanwel kerana mengiktiraf usaha kami.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas segala sokongan dan galakan yang berterusan serta menyediakan platform kepada kami untuk membangunkan dan menjadikan Projek Ocean Hope menjadi kenyataan," katanya.
Mogesh baru sahaja menamatkan pengajian ijazah sarjana muda Biologi Marin dengan kepujian daripada UMT dan kini bekerja sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sementara menunggu majlis konvokesyen universiti yang tertangguh akibat situasi pandemik sekarang.
Tahun ini, anugerah telah berkembang merangkumi lima rantau: Afrika, Asia, Caribbean, Eropah dan Kanada serta Pasifik dan finalis teratas dari setiap rantau akan diumumkan sebagai pemenang pada majlis anugerah rasmi yang berlangsung 10 Mac 2021.
Majlis itu akan diadakan secara maya buat julung kalinya berikutan pandemik COVID-19 dan anak muda paling cemerlang dari lima rantau ini akan merangkul Anugerah Belia Komanwel 2021.
Kesemua 20 finalis masing-masing akan menerima piala, sijil dan GBP1,000 (RM5,538) untuk mengembangkan impak projek mereka. Pemenang peringkat rantau akan menerima GBP3,000 (RM16,614) dan juara keseluruhan pan-Komanwel akan membawa pulang sejumlah GBP5,000 (RM27,690).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 28 2021
Mogesh yang berasal dari Kinrara, Puchong, Selangor berkata dipilih sebagai finalis anugerah berprestij itu bukan kejayaannya seorang, tetapi ia untuk semua anak muda Malaysia. - Bernama
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Belia Malaysia Mogesh tersenarai finalis Anugerah Belia Komanwel 2021
Anak muda Malaysia, Mogesh Sababathy bakal mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai finalis, Anugerah Belia Komanwel tahun ini.