awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Belia tak mampu memimpin? Ia penipuan terbesar' - Syed Saddiq

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/12/2019
03:08 MYT
'Belia tak mampu memimpin? Ia penipuan terbesar' - Syed Saddiq
Syed Saddiq menegaskan, golongan muda harus menafikan pandangan segelintir pihak yang menyifatkan golongan muda kurang matang dan tidak mampu membuat keputusan. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ruang dan peluang seluasnya perlu diberikan kepada golongan muda bukan sahaja sebagai penggerak dasar, sebaliknya menjadi pembuat keputusan sama ada di peringkat kerajaan, mahupun syarikat swasta.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sebelum ini beliau turut menzahirkan rasa kecewa hingga jawatan ketua kampung juga menjadi halangan buat golongan muda dan belia untuk menggalasnya.
“Tetapi kini, mereka (ketua kampung) ada yang berusia 20-an atau awal 30-an.
"Dalam sektor korporat, pada 1997 tatkala Asia berdepan krisis kewangan, ramai yang tidak sedar golongan muda diberi peluang menyelamatkan syarikat-syarikat mega di Malaysia, seperti MRCB dan Media Prima.
"Ada antara mereka, seperti (Datuk) Shahril Ridza Ridzuan, yang kini mengetuai syarikat pelaburan kerajaan terbesar, Khazanah Nasional Berhad - yang menggalas tugas itu pada awal 30-an untuk menyelamatkan MRCB.
“Beliau dilantik Perdana Menteri (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad), dan beliau berjaya. Banyak lagi syarikat berkaitan kerajaan lain (GLC), sewaktu berdepan masalah, golongan muda dibawa masuk dan dapat menanganinya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pembukaan Sidang Kemuncak Belia Kuala Lumpur (Youth KL Summit) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Tegasnya, golongan muda harus menafikan pandangan segelintir pihak yang menyifatkan golongan muda kurang matang dan tidak mampu membuat keputusan.
“Untuk mengatakan bahawa golongan muda tidak mampu, ia satu penipuan besar.
"Ia adalah berkenaan membuka pintu peluang dan memberi laluan kepada mereka menafikan persepsi (taboo) dalam kepimpinan yang menjurus kepada golongan muda.
“Apa yang penting adalah untuk membuktikan kepada seluruh dunia bahawa (kepimpinan belia) mampu memberi manfaat kepada setiap generasi,” jelasnya.
Usai ucaptama tersebut, ia diikuti dengan sesi soal jawab bersama para perwakilan belia daripada pelbagai negara-negara Islam.
Topic Berkaitan
#Belia
#golongan muda
#kepimpinan
#kerajaan
#ketua kampung
#KL Summit
#korporat
#matang
#pembuat keputusan
#Sidang Kemuncak Belia KL
#Sidang Kemuncak KL
#swasta
#syarikat mega
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Youth KL Summit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan