awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada keputusan kursus yang digugur dari tajaan Mara - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
31/01/2016
23:54 MYT
Belum ada keputusan kursus yang digugur dari tajaan Mara - Ismail Sabri
ISMAIL: Kementerian dan Mara masih berbincang dan meneliti perkara itu termasuk pendekatan pengajian berkembar dengan universiti luar negara bagi pelajar tajaan MARA. - Gambar fail
Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih belum memutuskan secara terperinci kursus pengajian yang akan 'digugurkan' daripada mendapat tajaan dalam penghantaran pelajar ke universiti di luar negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian dan Mara masih berbincang dan meneliti perkara itu termasuk pendekatan pengajian berkembar dengan universiti luar negara bagi pelajar tajaan MARA.
"Kita belum ada keputusan khusus (bidang pengajian yang akan dikurangkan). Bagaimanapun di peringkat awal, mungkin kita buat program berkembar iaitu dua tahun di luar negara dan dua tahun dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Kampung Tinangol di sini pada Ahad.
Turut hadir Timbalannya Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda.
Semalam, Ismail Sabri berkata MARA akan mengkaji semula dasar penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.
Katanya menerusi dasar baharu itu nanti, hanya sebahagian pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#luar negara
#MARA
#Tajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan