awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana banjir: 10 jalan masih ditutup di sekitar Selangor

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2021
00:02 MYT
Bencana banjir: 10 jalan masih ditutup di sekitar Selangor
Dua laluan masing-masing di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya dan IPD Kuala Selangor ditutup kepada kenderaan sehingga jam 4 pagi tadi. - Foto fail/Ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Polis masih menutup beberapa laluan di Selangor yang masih dinaiki air, susulan banjir yang masuk hari ketujuh, hari ini.
Bagaimanapun, jumlah penutupan jalan sejak Sabtu lalu itu semakin menurun, berbanding sebanyak 71 laluan ditutup pada hari kedua banjir, Ahad lalu.
Polis dalam kenyataan berkata, dua laluan masing-masing di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya dan IPD Kuala Selangor ditutup kepada kenderaan sehingga jam 4 pagi tadi.
Di kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya, laluan yang ditutup kepada kenderaan adalah jambatan jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang serta Jalan PJU 7, hadapan MRT, Mutiara Damansara.
Bagi IPD Kuala Selangor pula, laluan yang ditutup Jalan Kuala Selangor-Meru dan Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya.
Sementara itu, hanya satu laluan ditutup masing-masing di lapan kawasan pentadbiran IPD lain, antaranya IPD Subang di Lorong Ikan Haruan, Ikan Puyu, Ikan Seluang Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights.
Manakala IPD Kuala Langat di Jalan Olak Lempit ke klia, IPD Sepang di jambatan FT 31 Dengkil-Banting dan IPD Hulu Selangor di Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.
Seterusnya IPD Sabak Bernam di Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim dan IPD Sungai Buloh di Jalan BRP 7/2, Bukit Rahman Putra.
Topic Berkaitan
#banjir
#jalan tutup
#Selangor
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan