1. JABATAN Meteorologi Malaysia meramalkan musim tengkujuh serta fenomena hujan lebat akan berlarutan sehingga Mac ini. Ekoran itu juga kita menyaksikan beberapa negeri di Pantai Timur serta negeri lain seperti Johor dan Sabah ditimpa bencana banjir ekoran kenaikan paras air yang mendadak.
2. Banjir bukanlah satu bencana alam yang boleh dipandang ringan. Meskipun ia merupakan kejadian yang sering berulang dan sepatutnya boleh dikawal dan dikurangkan kerosakan jika persediaan rapi dilakukan, implikasi kerosakan banjir tetap besar. Menurut laporan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, bagi tempoh 2018/2019, dianggarkan kerugian sekitar RM 44 juta daripada sekitar 800 kejadian banjir yang melanda seluruh Malaysia dalam tempoh tersebut.
3. Bukan sahaja kerosakan dari sudut material, banjir juga telah meragut ramai nyawa rakyat Malaysia. Yang terbaru seorang mahasiswa dari USIM telah menjadi mangsa korban banjir. Apa yang ingin disampaikan daripada petikan data ini adalah penekanan terhadap implikasi negatif yang amat besar daripada fenomena banjir. Oleh itu, adalah wajar bagi pihak kerajaan negeri mahupun pusat bekerjasama dan menumpukan usaha dalam membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir. Namun perlu disedari, pihak lain seperti NGO dan pemimpin politik setempat mengikut parlimen dan dun masing-masing juga hendaklah memainkan peranan bagi membantu mengurangkan beban rakyat.
4. Meskipun rakyat yang sebelum ini diuji dengan kelembapan ekonomi ekoran pandemik COVID-19, ditambah pula dengan ujian bencana alam banjir, namun kelibat pemimpin politik dilihat masih lambat dalam menangani situasi yang menimpa rakyat. Masih ada ahli politik yang leka membilang-bilang jumlah kerusi serta mengadakan rencana menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang kita semua pun tidak pasti bila akan tiba.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
5. Saranan GAMIS buat para pemimpin parti politik, pihak kerajaan dan semua agensi terbabit serta rakan-rakan NGO agar bersama-sama kita memberikan fokus kepada situasi semasa negara yang sedang dilanda banjir ini.
6. Selaras dengan citra penubuhan GAMIS iaitu untuk menjamin kebajikan mahasiswa, suka untuk kami ingatkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi secara khususnya agar berterusan memberi komitmen yang terbaik dan sepenuhnya dalam menjaga kebajikan mahasiswa yang juga merupakan salah satu golongan yang amat terkesan dengan bencana banjir di negara ini.
7. GAMIS menyatakan kesediaan dan tekad kami sebagai sebuah NGO untuk turun padang dan melancarkan operasi bantuan bagi mangsa banjir di negeri yang terjejas sepertimana yang telah GAMIS jalankan bagi mangsa banjir kilat di Bangi, Selangor Julai 2020 yang lepas.
* Muhammad Danial Akmal Hamdan merupakan Naib Presiden 1, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2021.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Muhammad Danial Akmal Hamdan
Wed Jan 06 2021
Laporan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, bagi tempoh 2018/2019, dianggarkan kerugian sekitar RM 44 juta daripada sekitar 800 kejadian banjir yang melanda seluruh negara. - Gambar fail
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Banjir kilat: Tiga sekeluarga bermalam di PPS
Setakat jam 12 tengah malam tadi, hanya satu PPS dibuka bagi menempatkan mangsa terlibat.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Ramai jadi korban gelombang haba di negeri Bihar dan Rajasthan, timur laut India dilanda banjir
Sekurang-kurangnya 18 kematian berkaitan suhu panas dilaporkan dari Bihar dalam tempoh 48 jam.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
Kucing punca dewan perbandaran Belanda digenangi air, kerugian cecah AS$353,000
Seekor kucing telah menyebabkan dewan perbandaran Dokkum di Belanda digenangi air, menyebabkan kerosakan berjumlah EUR325,000 (AS$352,600).
Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah
Kesemua mereka dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit yang dibuka jam 9 malam.
Ribut, banjir kilat jejas beberapa daerah di Perak
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Simpang 3, Buluh Akar di Parit menyebabkan lima buah keluarga terjejas.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.