awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Gunung Jerai: Sukarelawan diminta daftar dengan PKOB

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
21/08/2021
15:33 MYT
Bencana Gunung Jerai: Sukarelawan diminta daftar dengan PKOB
Shahnaz Akhtar Haji, berkata ia bagi melancarkan penyelarasan bantuan selain mengelakkan kesesakan dan pelanggaran SOP. - Gambar/ Bernama
YAN: Sukarelawan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat atau parti politik yang menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas banjir di kaki Gunung Jerai di sini, diminta membuat pendaftaran dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata ia bagi melancarkan penyelarasan bantuan selain mengelakkan kesesakan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
"Di Yan ini nampak dah macam terlalu ramai, jadi kepada pasukan sukarelawan yang membantu... saya nasihatkan supaya mendaftar dulu dengan PKOB.
"Ia bagi membolehkan kita selaraskan tugas mereka. Kita boleh bahagikan... sebab ada yang nak bagi makanan, ada yang hendak bantu dari segi tenaga dalam membersih rumah dan sebagainya.
"Jadi (saya minta) lapor kepada PKOB, dan PKOB akan selaraskan... dan kita pun (akan dapat) tahu jumlah (sebenar) sukarelawan yang berada di daerah Yan ini," katanya di sini, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Gunung Jerai: Dua mangsa hilang masih belum ditemukan
Bencana Gunung Jerai | JMG kesan empat 'scar' di Gunung Jerai
Tambah beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan turut menerima bantuan daripada IPD lain termasuk pasukan trafik dalam memantau keadaan lalu lintas yang sesak sejak beberapa hari lepas.
Menurutnya, polis telah menutup laluan di kawasan chalet Alang Kenari yang menjadi lokasi orang ramai terutama penduduk sekitar Yan berkumpul selepas kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu.
Pada Jumaat, beliau menasihatkan orang ramai dan penduduk sekitar kawasan kaki Gunung Jerai agar tidak berkumpul beramai-ramai di beberapa kawasan yang dilanda kejadian kepala air, Rabu lalu.
Topic Berkaitan
#bencana
#gunung jerai
#kepala air
#banjir
#lumpur
#tanah runtuh
#sukarelawan
#PKOB
#polis
#Shahnaz Akhtar Haj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan