awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Kim Kim: Beberapa suspek memiliki rekod jenayah - KPN

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2019
11:59 MYT
Bencana Kim Kim: Beberapa suspek memiliki rekod jenayah - KPN
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, kesemua sembilan lelaki warga tempatan yang direman sehingga Sabtu ini, merupakan pekerja di beberapa syarikat. - Foto BERNAMA
Beberapa suspek yang ditahan berhubung pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang mempunyai rekod jenayah.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, kesemua sembilan lelaki warga tempatan yang direman sehingga Sabtu ini, merupakan pekerja di beberapa syarikat.
Pada masa sama Mohamad Fuzi juga tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan lain bagi membantu siasatan kes berkenaan.
BACA: Bencana Kim Kim: 9 suspek ditahan bantu siasatan kes pencemaran sisa kimia
“Mereka ini bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu dan ada juga terlibat dengan elemen-elemen jenayah.
“Jadi siasatan kita, apa yang penting pada ketika ini bukan isu lain (melainkan) jenayah alam sekitar yang melibatkan mereka. Itu keutamaan kita.
“Hal-hal lain, itu kita akan tentukan kemudian. Jadi proses siasatan seperti mana yang saya sebut ni sedang dipergiatkan oleh pegawai-pegawai saya di semua peringkat khususnya di Johor dan Bukit Aman, yang mana diselarakan oleh Bukit Aman,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Semalam, Mohamad Fuzi memaklumkan sembilan lelaki ditahan pada Ahad dan dua daripada mereka ditahan di Johor sementara tujuh lagi di luar negeri itu.
Topic Berkaitan
#Bencana Kim Kim
#Ketua Polis Negara
#Mohamad Fuzi Harun
#Pasir Gudang
#pencemarah bahan kimia
#sembilan lelaki warga tempatan
#Sungai Kim Kim
#suspek dalang pencemaran
#suspek memiliki rekod jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan