awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat lelaki ditemukan dalam kereta di Ayer Keroh
Kim Swee garis hala tuju baharu NFDP
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Kim Kim: MB Johor perjelas lawatan ke Batam

Bernama
Bernama
17/03/2019
10:48 MYT
Bencana Kim Kim: MB Johor perjelas lawatan ke Batam
Osman berkata lawatan kerja itu bertujuan meningkatkan rangkaian kerjasama di antara penggerak industri pelancongan atau pelabur Johor dengan penggerak industri Indonesia khususnya di Pulau Batam. -Foto BERNAMA
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menjelaskan bahawa pemergiannya ke Pulau Batam Indonesia di tengah-tengah isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang adalah urusan kerja yang telah dirancang sebelum ini dan merupakan persediaan bagi Tahun Melawat Johor 2020.
Beliau berkata lawatan kerja itu bertujuan meningkatkan rangkaian kerjasama di antara penggerak industri pelancongan atau pelabur Johor dengan penggerak industri Indonesia khususnya di Pulau Batam.
"Lawatan kerja ini pada asalnya adalah selama tiga hari namun ia telah dipendekkan hingga kurang sehari atas keperluan mendesak untuk mengurus operasi pembersihan di Pasir Gudang.
"Saya juga telah membatalkan beberapa sesi pertemuan lain ketika sesi lawatan kerja, namun beberapa mesyuarat penting yang tidak dapat dielakkan terpaksa dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Osman mendapat kecaman daripada pelbagai pihak kerana melakukan lawatan berkenaan semasa isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang itu dilihat masih belum selesai.
Osman berkata sepanjang berada di Batam, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana sentiasa berhubung dengannya setiap jam untuk memastikan segala keperluan dan operasi mengawal bencana terus berjalan lancar dan teratur.
"Saya amat berterima kasih kepada semua kakitangan dan agensi yang gigih berkerja 24 jam tanpa henti bagi mengurus dan mengawal operasi bencana ini.
"Terima kasih juga kepada Wali Kota Batam Muhammad Rudi kerana memahami sebab mengapa beberapa sesi lawatan dan mesyuarat terpaksa dibatal dan dipendekkan kerana bencana di Pasir Gudang. Malah, mereka juga melahirkan rasa sedih atas kejadian ini," katanya.
Justeru itu beliau berharap, penjelasan ini dapat merungkai salah faham atau kekeliruan di kalangan rakyat mengenai perkara itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Osman Sapian
#Indonesia
#Johor
#menteri
#Menteri Besar
#Pasir Gudang
#pelancongan
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan