awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Kim Kim: Sultan Johor murka, fitnah libatkan Baginda

Bernama
Bernama
17/03/2019
10:12 MYT
Bencana Kim Kim: Sultan Johor murka, fitnah libatkan Baginda
Baginda mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka. -Foto Facebook
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka terhadap pihak tertentu yang menyebarkan fitnah kononnya baginda terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang.
Susulan itu, baginda menerusi catitan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya hari ini, mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka.
Baginda sebaliknya menggesa mereka menumpukan kepada usaha menyelesaikan isu itu secara tuntas.
"Sudah sampai kepada pengetahuan saya bahawa ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan fitnah bahawa saya terlibat dalam perniagaan kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang.
"Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu ini. Sila bawa bukti yang sahih jika benar saya terlibat dalam perniagaan kilang itu kerana saya tidak pernah gentar dan tunduk pada fitnah yang memburukkan Institusi Diraja Johor," titahnya.
Pembuangan sisa bahan kimia ke Sungai Kim Kim mencetuskan pencemaran dan menyebabkan lebih daripada 4,000 penduduk dirawat berikutan mengalami pelbagai simptom termasuk mual, pening, loya, muntah dan sebagainya akibat terdedah kepada tindak balas toksik itu.
Kejadian juga mengakibatkan kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup demi keselamatan pelajar, murid, kakitangan sekolah dan guru-guru.
Mengulas lanjut, Sultan Johor bertitah baginda akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa insiden sisa kimia itu serta kerja-kerja pembersihan yang dilakukan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#fitnah
#keselamatan
#murka
#sisa bahan kimia
#Sultan Ibrahim
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Sultan Johor
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan