awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump yakin AS–Korea Selatan mampu capai penyelesaian selepas ancam tarif 25 peratus
Arab Saudi tidak benarkan ruang udara, wilayah digunakan untuk serang Iran
UCL: Arbeloa label Jose Mourinho sebagai 'role model'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bendasing disyaki cebisan tikus ditemui dalam sos spageti, suri rumah kecewa maklum balas KKM

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2026
00:20 MYT
Bendasing disyaki cebisan tikus ditemui dalam sos spageti, suri rumah kecewa maklum balas KKM
Aduan yang dibuat Rohaniza kepada pihak KKM setelah menemui bendasing di dalam sos yang dibelinya di sebuah pasar raya. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Hasrat seorang suri rumah untuk menyediakan sarapan kepada anak-anaknya terbantut selepas menemui bendasing dipercayai cebisan tikus di dalam sos spageti keluaran sebuah jenama terkenal.
Bercakap kepada Sinar Harian, Rohaniza Nawawi berkata, sos berkenaan dibeli dalam kemasan tin di sebuah pasar raya runcit terkenal berhampiran kediamannya di Kedah, kira-kira tiga minggu lalu.
Menurutnya, bendasing itu disedari ketika beliau sedang mengaut sos tersebut untuk dimasukkan ke dalam mangkuk.
“Saya memasak sos itu seperti biasa sebelum ternampak cebisan bendasing berambut dan berisi di dalamnya,” katanya.
Jelas ibu kepada enam anak itu, meskipun anak-anaknya tidak sempat menjamah makanan berkenaan, beliau mengalami simptom loya dan muntah kira-kira lima minit selepas merasa sedikit sos tersebut.
“Saya tidak mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, sebaliknya mengambil ubat herba tradisional dan keadaan saya pulih tidak lama kemudian,” ujarnya.
Susulan kejadian itu, Rohaniza berkata, beliau telah membuat laporan rasmi kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengemukakan maklumat serta bukti berkaitan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa menerima maklum balas bahawa aduan tersebut berada di luar bidang kuasa PKKM.
Menurutnya, penjelasan itu menimbulkan rasa kecewa kerana isu melibatkan kebersihan makanan sepatutnya diberi perhatian serius.
“Saya mempersoalkan tahap kebersihan kilang syarikat yang beralamat di Petaling Jaya itu dan berharap siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Tambah beliau, alasan yang diberikan seolah-olah mengetepikan hak dan keselamatan pengguna.
“Keadilan kepada pengguna seakan dipandang ringan, sedangkan isu ini melibatkan risiko kesihatan,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bendasing
#sos spageti
#cebisan berambut
#Kebersihan Makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan