Astro Publication
Mon Nov 09 2015
Ada dua perkara yang perlu difahami terlebih dahulu:
1. Pemanduan ini dilakukan di satu bahagian yang tertutup Lebuhraya Stuart, Australia.
2. ‘Vmax’ adalah frasa yang membawa erti kelajuan maksimum.
Okay, boleh mula cerita sekarang.
Bentley telah membawa sebuah Continental GT Speed model tahun 2016 ke Lebuhraya Stuart di utara Australia dan membenarkan seorang pelumba lagenda memandunya sehingga 331km/j, kelajuan maksimum yang boleh dicapai – atau Vmax.
Pelumba yang dimaksudkan adalah John Bowe yang sudah memenangi banyak kejuaraan lumba kereta di Australia, termasuk Bathurst 1,000 sebanyak dua kali.
Kelajuan Vmax ini telah dicapai dalam masa hanya 76 saat dan dalam waktu itu telah merentas jarak sebanyak 9.4km. Kuasa pecutan datang daripada enjin standard Bentley Continental GT Speed – W12, 6-liter dengan turbo berkembar yang menghasilkan 626hp dan tork sebanyak 820Nm. Pada waktu Bentley GT Speed ini mencapai Vmax 331km/j, ia bergerak sejauh 92 meter setiap saat!
Mengikut John Bowe, “Kereta ini tidak diubah suai; ia adalah kereta standard. Ia mencapai kelajuan 331km/j dari keadaan rehat dalam masa dalam masa hanya lebih sedikit seminit. Walaupun sudah melepasi 321km/j, GT Speed ini terus memecut. Itu sangat luar biasa.”
Pada kelajuan Vmax, 216 liter cecair penyejuk sedang pantas melalui sistem radiator dan enjin kereta ini setiap minit. 4,700 liter udara juga sedang melalui radiator setiap saat, dan menggunakan sehingga 80% kuasa enjinnya hanya untuk mengatasi beban aerodinamik.
Lebuhraya Stuart adalah sepanjang 2,834km yang bermula dari Darwin (di bahagian utara Australia) dan Port Augusta (bahagian selatan). Pada bulan Oktober 2013 kerajaan tempatan telah menjadikan sebahagian daripada lebuhraya ini bebas daripada had laju maksimum. Bahagian yang dimaksudkan adalah antara Alice Springs dan Barrow Creek yang sepanjang 200km.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Bentley Continental GT Speed mencapai kelajuan 331km/j di lebuhraya biasa
Satu pencapaian yang hebat untuk sebuah kereta standard. Tetapi hanya sesuai untuk dilakukan pemandu profesional