awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang isteri tidak pulang, penganggur bakar kereta saudara

Bernama
Bernama
11/03/2021
03:04 MYT
Berang isteri tidak pulang, penganggur bakar kereta saudara
Polis menahan seorang penganggur dipercayai membakar sebuah kereta milik saudara lelakinya di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah, di sini, pagi semalam. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang penganggur dipercayai membakar sebuah kereta milik saudara lelakinya di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata suspek berumur 47 tahun itu ditahan di tepi Jalan Indah 5/5, kawasan perumahan sama, susulan laporan yang dibuat mangsa berumur 22 tahun tersebut.
"Berdasarkan laporannya, mangsa yang berada di dalam rumah ketika itu, memaklumkan dia terdengar penggera keretanya berbunyi pada kira-kira 6.30 pagi dan apabila melihat keluar rumah, didapati kereta Proton Saga miliknya terbakar di bahagian tayar kiri," kata Dzulkhairi dalam kenyataan hari ini.
Menurut Dzulkhairi mangsa dikatakan cuba memadamkan kebakaran tersebut, namun, gagal dan menyebabkan api merebak ke bahagian lain keretanya.
Beliau berkata, mangsa turut memanggil pihak bomba bagi memadam kebakaran dan api berjaya dipadamkan, namun keretanya rosak teruk.
Dzulkhairi berkata berpandukan maklumat daripada mangsa, polis berjaya menahan suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan rompak.
"Hasil siasatan, penganggur itu mengaku membakar kenderaan terbabit kerana tidak puas hati terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak 1 Mac lepas kerana perselisihan faham," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar kereta
#kereta milik saudara lelaki
#Taman Bukit Indah
#Berang isteri tidak pulang
#Dzulkhairi Mukhtar
#Perselisihan Faham
#khianat dengan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan