"Perceraian" antara PAS dan DAP yang menghancurkan hubungan kerjasama dalam Pakatan Rakyat setakat ini tidak menjejaskan kedudukan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, namun kelangsungan pemerintahan kerajaan pimpinan PKR itu masih berdepan cabaran besar.
Kerajaan Selangor dilihat tetap boleh berfungsi seperti biasa tetapi hanya dengan pentadbiran yang kurang efektif.
Demikian pandangan beberapa penganalisis politik dengan situasi politik semasa di Selangor lebih-lebih lagi dengan PAS dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), sedangkan PKR hanya dengan 13 kerusi.
Apabila PAS dan DAP tidak lagi mampu duduk semeja, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, kini perlu lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya untuk menguruskan kerajaan campuran ketiga-tiga parti politik itu.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata PKR perlu bijak membuat percaturan bagi memastikan ia terus mendapat sokongan untuk menerajui pentadbiran Selangor.
"Ramai melihat kedudukan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar tidak mungkin terjejas dengan berakhirnya riwayat pakatan. Namun, adalah tidak mustahil bahawa pilihan raya negeri mungkin tidak dapat dielakkan di Selangor," katanya kepada Bernama.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi, PAS (15), DAP (15), PKR (13), BN (12) dan Bebas (1). Kerajaan pimpinan PKR kini dibentuk dengan 43 kerusi gabungan DAP, PAS dan PKR.
Dr Mohd Azizuddin berkata jika Azmin terpaksa membuat pilihan di antara DAP atau PAS, dan beliau memilih untuk bersama DAP, dan menerima anggota serpihan daripada PAS yang mungkin beralih arah, maka beliau akan mengeruhkan hubungan PKR dengan PAS.
Jika semua 15 wakil rakyat PAS memutuskan untuk tidak menyokong pimpinan Azmin kerana tidak lagi boleh 'bertentang mata' dengan wakil rakyat DAP, kerajaan pimpinan PKR akan hilang majoriti, katanya.
Situasi ini boleh berlaku kerana gabungan kerusi DAP dan PKR hanya berjumlah 28, sekaligus menyamai jumlah kerusi pembangkang BN dan PAS termasuk kerusi milik bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini berfungsi sebagai ADUN Bebas yang menyokong BN.
Sekiranya senario itu berlaku, Mohamed Azmin perlu mendapatkan kembali sokongan untuk membentuk kerajaan sekurang-kurangnya dengan majoriti mudah, iaitu mendapatkan sokongan 29 ADUN.
"Keadaan Azmin juga akan terjejas sekiranya ada wakil rakyat yang bertindak membawa usul undi tidak percaya terhadap pimpinannya di DUN dan jika usul itu diterima, kedudukan beliau akan goyah kerana situasi itu memungkinkan adanya pilihan raya negeri," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kerajaan PKR Selangor masih boleh berfungsi jika wakil rakyat kedua-dua parti bertelagah itu masih kekal di dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.
"Namun oleh kerana tiada lagi permuafakatan di antara DAP dan PAS, wakil rakyat kedua-dua parti itu mungkin bergerak sebagai individu dan tidak menyuarakan pandangan yang mewakili parti masing-masing," katanya.
Beliau berkata apabila keadaan itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri akan menjadi kurang efektif kerana setiap keputusan bukanlah secara kolektif seperti ketika ketiga-tiga parti itu berada di dalam pakatan.
Bernama
Thu Jun 18 2015
Apabila PAS dan DAP tidak lagi mampu duduk semeja, Mohamed Azmin (gambar) kini perlu lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya untuk menguruskan kerajaan campuran ketiga-tiga parti politik itu. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.