awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berebut kereta ibu di pagi Syawal, lelaki didakwa pukul abang sehingga parah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/05/2022
05:25 MYT
Berebut kereta ibu di pagi Syawal, lelaki didakwa pukul abang sehingga parah
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap abang kandungnya, Muhamad Farok, 38, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong ayam. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memukul abang kandungnya dan menyebabkan kecederaan parah pada pagi satu Syawal lalu, dipercayai angkara berebut kereta milik ibu untuk pergi beraya.
Tertuduh, Nabil Sarip, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap abang kandungnya, Muhamad Farok, 38, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong ayam.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi, di Taman Tanjung Minyak dalam daerah Melaka Tengah pada 2 Mei lalu.
Mahkamah | Cederakan abang kandung kerana rebut kereta
Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pusat boling didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Difahamkan, insiden berlaku selepas tertuduh bertengkar dengan abangnya ekoran berebut kereta jenis pacuan empat roda milik ibu mereka pada pagi Syawal itu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya N Sivashangari tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Tertuduh yang diwakili peguam Amritpal Singh bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan lelaki itu menanggung kedua ibu bapa yang sudah uzur.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin selain mengingatkan tertuduh untuk tidak menganggu mangsa.
Mahkamah turut menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#berebut kereta
#pukul abang
#Melaka Tengah
#pagi Syawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan