awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bergaduh ketika mabuk, tiga ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2022
23:00 MYT
Bergaduh ketika mabuk, tiga ditahan
Tangkap layar daripada klip video yang memaparkan beberapa anggota polis sedang bergelut untuk menahan suspek. -Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Tiga lelaki ditahan selepas didapati terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah premis hiburan di Love Lane, di sini pada awal pagi, 13 November lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis pada jam 3.05 pagi.
Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Balai Polis Central telah ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku pergaduhan di situ.
"Kita berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan di lokasi kejadian. Suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan semasa tangkapan hendak dibuat.
"Kesemua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
"Tangkapan berusia lingkungan 29 hingga 31 tahun itu direman tiga hari hingga 15 November dan diberi jaminan polis.
"Mereka ini berasal dari Pulau Pinang dan Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Soffian berkata, semakan mendapati kesemua tangkapan tiada rekod jenayah lampau namun salah seorang daripada mereka positif dadah jenis THC.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan pertuduhan terhadap kesemua suspek.
"Saya menasihati orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berhubung kejadian tersebut di mana-mana laman media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi," katanya.
Sebelum ini, tular satu klip video berdurasi 52 saat yang memaparkan beberapa anggota polis sedang bergelut ketika menahan beberapa individu di hadapan sebuah premis di pusat bandar di sini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Love Lane
#Soffian Santong
#pergaduhan depan premis hiburan
#dadah jenis THC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan