Seorang lelaki warga Syria parah ditikam pekerja sebuah rumah tumpangan dalam pergaduhan di hadapan premis itu, Lorong Prangin di Georgetown pada awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, dalam kejadian pukul 1.25 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun itu cedera di bahagian kepala, perut dan kaki kiri akibat ditikam pekerja rumah tumpangan berusia 69 tahun.
Menurut Soffian, mangsa menyewa bilik di bangunan rumah kedai yang dijadikan rumah tumpangan tersebut sejak lima bulan lepas manakala lelaki warga emas berkenaan bekerja di situ kira-kira lapan bulan lalu.
Kedua-duanya berada dibawah pengaruh alkohol dan pergaduhan tercetus selepas mereka terlanggar antara satu sama lain ketika mahu ke tandas.
Katanya, berdasarkan keterangan saksi yang menyewa di bilik itu, kejadian berlaku apabila mereka berlanggar semasa berjalan melalui laluan ke tandas arah bawah rumah tumpangan itu.
"Berlaku pertengkaran dan tolak menolak sehingga suspek mengambil pisau serta menikam mangsa beberapa kali" katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Siasatan turut mendapati dua lelaki itu sering bertengkar mulut sebelum ini kerana mangsa selalu balik lewat iaitu sehingga awal pagi dan ia telah mengganggu suspek untuk berehat di rumah tumpangan tersebut.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Susulan itu, polis telah menahan lelaki warga emas itu di lokasi kejadian selain merampas pisau yang di gunakannya untuk menikam mangsa.
Sementara itu, Soffian berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kamera litar tertutup di kawasan rumah tumpangan itu dan polis kini menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.
Menurutnya, lelaki warga emas yang mempunyai 19 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut.
Manakala mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu juga akan ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.
Kes di siasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 20 2019

Inilah bangunan rumah kedai yang dijadikan rumah tumpangan di mana seorang lelaki warga Syria parah ditikam. - Gambar Astro AWANI
![AWANI Sarawak [19/01/2021] - RM81 juta untuk 'perang COVID-19' | 156 kes, satu kluster baharu AWANI Sarawak [19/01/2021] - RM81 juta untuk 'perang COVID-19' | 156 kes, satu kluster baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/18056980031611056502725/1886269_36721285181611056637208_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [19/01/2021] - RM81 juta untuk 'perang COVID-19' | 156 kes, satu kluster baharu
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta kepada JPBN Sarawak. - Kes keseluruhan COVID-19 di Sarawak cecah 2,367. Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

PKP 2.0: Kerajaan bincang lanjutkan operasi kedai sehingga 10 malam - Ismail Sabri
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

Hasil PKP 2.0 masih belum dapat dilihat- Dr Noor Hisham
KKM masih belum dapat melihat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan pada ketika ini.

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 19 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta bagi tingkatkan fasiliti JPBNS
Kerajaa Sarawak meluluskan dana RM81 juta bagi meningkatkan fasiliti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.

COVID-19: Kluster Jalan Masjid antara 9 kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.

Perdana Menteri lawat Hospital Bersepadu di MAEPS
Hospital Bersepadu akan mula beroperasi pada 24 Januari ini bagi merawat pesakit kategori tiga dan empat.

PKP di seluruh negara, ini lima fokus sidang media Ismail Sabri pada Selasa
PKP dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

COVID-19: 118 pekerja Pasar Borong KL positif COVID-19
Setakat ini, Pasar Borong KL ditutup sementara waktu bagi tujuan sanitasi.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33868543831611051788929/1886261_36721284891611051984026_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 19 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sindiket curi kenderaan, geng 'Elango Magna' tumpas
Sindiket curi kenderaan yang aktif di sekitar daerah Sentul didalangi Geng Elango Magna akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

Lelaki meninggal dunia ketika aktiviti berbasikal
Kira-kira jam 5.50 petang, pengadu yang juga adik si mati mendapati abangnya telah terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan.

Tujuh lelaki ditahan halang dan maki anggota polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.

Lima individu ditahan bersama hampir 29 kilogram syabu
Lima individu ditahan bersama Dadah jenis Syabu oleh sepasukan polis dari bahagaian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Sindiket masih degil, 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
Seramai 17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu.

Sinar Harian komited mahu banteras rasuah, tubuhkan Sinar Rasuah Busters
Demi membanteras gejala rasuah yang masih belum berkesudahan, Sinar Harian mengambil inisiatif menubuhkan 'Sinar Rasuah Busters'.

Rukun Negara, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan antara legasi Salleh Abas
Salleh Abas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.

Dua lelaki menyamar polis, samun dan curi motosikal warga asing
Dalam kejadian jam 12 tengah hari Selasa, mangsa yang sedang makan di tepi sawah di Padang Tembusu telah disamun lelaki tersebut.

Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.