awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2022
15:32 MYT
Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu
Suspek mengaku pergaduhan berlaku gara-gara perebutan teman wanita antara salah seorang suspek dan mangsa. - Gambar/ Media sosial/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Polis sedang memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan pergaduhan dipercayai berkaitan perebutan teman wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran di sini 24 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 17 hingga 22 tahun itu disenaraikan sebagai orang dikehendaki.
"Dalam kejadian tersebut, mangsa mengalami pendarahan otak, lebam di muka dan luka di tangan serta kaki," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada 25 Mei Sinar Harian melaporkan seorang remaja antara lapan lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sekitar jam 2.10 pagi di sebuah restoran di sini pada 24 Mei.
Hasil soal siasat, suspek mengaku pergaduhan berlaku gara-gara perebutan teman wanita antara salah seorang suspek dan mangsa.
Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, seramai sembilan suspek berusia lingkungan 14 ke 21 tahun ditahan dan mana enam daripada mereka telah dituduh di mahkamah sementara seorang dijadikan saksi pendakwaan.
"Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya serta mendapat arahan untuk tuduh enam suspek di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi dijadikan saksi pendakwaan dan dua suspek dibebaskan tanpa syarat.
"Keenam-enam suspek dituduh di Mahkamah Klang pada 1 Jun dan kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan ditawarkan jaminan Mahkamah," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kes gaduh
#berebut wanita
#pandamaran
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan