KOTA BHARU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah pacuan empat roda pada Jumaat.
Kemalangan kira-kira jam 10.15 malam di Kilometer 9.7 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh itu menyebabkan mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika sekumpulan penunggang motosikal termasuk mangsa dipercayai menunggang dengan kelajuan tinggi.
"Sebaik tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal Honda C-100 dari arah Kota Bharu ke Ketereh melalui Lebuhraya Rakyat tiba-tiba bergesel sesama sendiri dalam kumpulan penunggang itu.
"Mangsa dan rakannya tiba-tiba terjatuh di lorong sebelah kanan jalan.
"Ketika itu, sebuah pacuan empat roda yang melalui arah sama terlanggar dan menggilis mangsa tetapi pemandunya melarikan diri dari lokasi itu," katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Mohd Rosdi memberitahu, mangsa yang bekerja sendiri dan beralamat di Pasir Puteh di sini mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi manakala rakannya mengalami luka kecil.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 jika sabit kesalahan.
Tambah beliau, polis memohon orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Ikhwan Mamat di talian 097752355. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 03 2023
Keadaan lokasi kejadian dalam kemalangan di KM9.7 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Pelayan kedai makan maut, motosikal bergesel tayar belakang lori
Muhammad Zharif Abd Aziz, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami pelbagai kecederaan.
Penunggang motosikal maut tercampak, dirempuh kenderaan
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu mangsa yang berusia 37 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari
Kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi sebelum suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman.
Lelaki maut, motosikal rempuh kereta rosak di lorong kecemasan
Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Audi Q3 2.0 yang dipandu seorang lelaki warga India berusia 48 tahun.
Pengawal keselamatan maut nahas tiga kenderaan
Kejadian pada jam 9.30 malam itu melibatkan motosikal jenis Honda dengan kereta Proton Saga FL dan Narza Forte.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mahkamah Rayuan kurangkan hukuman penjara bekas pemandu bas kepada 60 bulan
Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 70 kepada 60 bulan terhadap seorang bekas pemandu bas atas kesalahan memandu secara berbahaya.
Konvoi motosikal bertukar tragedi, seorang maut
Menurut polis, kejadian melibatkan enam motosikal yang dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kajang.