KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah mengingatkan rakyat untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan lokasi beriadah.
Walaupun bencana boleh berlaku di mana-mana, Al-Sultan Abdullah bertitah adalah lebih baik jika langkah berwaspada diambil bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini.
"Saya harap (semua) lebih berhati-hati ... elok ambil periksa sebelum membawa keluarga ke tempat baharu," titah Seri Paduka kepada pemberita di Masjid Ubbudiah di Felda Lepar Hilir 3 di sini hari ini.
Terdahulu, Seri Paduka berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Terengganu yang berlaku awal bulan ini, melibatkan 10 individu termasuk sembilan sekeluarga dari Felda berkenaan.
Seri Paduka yang berangkat tiba pada 12.50 tengah hari juga berkenan menyertai majlis tahlil yang dipimpin Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sebelum turut menunaikan solat zuhur berjemaah bersama penduduk.
Al-Sultan Abdullah yang menzahirkan simpati dan turut bersedih dengan tragedi itu juga menasihatkan keluarga waris untuk bersabar dengan ujian Allah SWT dan mendoakan semua mangsa ditempatkan bersama golongan beriman.
Seri Paduka juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dalam pencarian mangsa, yang setakat ini telah menemukan sembilan mangsa.
"Terima kasih kerana membantu berhabis-habisan yang membolehkan jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan.
"Terima kasih kepada pengurusan Felda yang membantu menguruskan pengebumian tempoh hari," titah Seri Paduka.
Pada 2 Julai lepas, 10 individu hilang selepas dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Jeram Air Putih bermula pada petang sehari sebelumnya.
Mereka ialah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; dan Putri Nor Fatin Karim, 14.
Turut terkorban ialah Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor iaitu tunang kepada Putri Balqis Izzati.
Setakat ini, mayat Putri Nor Fatin masih belum ditemukan, manakala pengebumian lapan sekeluarga itu selamat dilakukan pada Selasa dan Rabu lepas di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 manakala Muhammad Fikri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat pada Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyertai majlis tahlil untuk mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih Chukai di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3, hari ini. --fotoBERNAMA
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.