awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berhati-hati memandu, jangan salahgunakan lorong kecemasan - PM Najib

Bernama
Bernama
10/07/2016
09:35 MYT
Berhati-hati memandu, jangan salahgunakan lorong kecemasan - PM Najib
Pandulah berhati-hati, hormati undang-undang jalan raya dan jangan salahgunakan lorong kecemasan, kata Perdana Menteri dalam akaun Facebook dan Twitter beliau. - Gambar fail
Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai yang kembali ke ibu kota selepas bercuti sempena Aidilfitri di kampung halaman masing-masing supaya berhati-hati memandu dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Perdana Menteri juga meminta mereka tidak menyalahgunakan lorong kecemasan ketika memandu.
"Ramai yang akan mulakan atau dalam perjalanan kembali ke ibu kota dan tempat bekerja hari ini, setelah beraya di kampung minggu lalu.
"Pandulah berhati-hati, hormati undang-undang jalan raya dan jangan salahgunakan lorong kecemasan. Saya doakan perjalanan paling lancar dan selamat, Insya-Allah," katanya dalam akaun Facebook dan Twitter beliau hari ini.
Orang ramai terutama warga kota mula kembali ke ibu kota dari kampung halaman masing-masing selepas menyambut Aidilfitri pada Rabu lepas.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan mengalami kesesakan hari ini termasuk di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke Simpang Pulai, yang sesak sepanjang 30 kilometer setakat 1.30 tengah hari tadi.
Selain itu, aliran trafik bergerak perlahan dari Lancang menghala ke Plaza Tol Karak dan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#kembali ke ibu kota
#lorong kecemasan
#Najib Tun Razak
#patuh peraturan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan