KETIKA suhu radar perhatian dunia khususnya di Asia lebih panas daripada biasa kerana peristiwa di Lahat Datu, Sabah, ada unsur-unsur nyaman di perbatasan selatan Thailand. Ini bertitik-tolak daripada kenyataan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semasa lawatannya ke negara ini yang mengalu-alukan peranan Malaysia sebagai perantara menamatkan konflik di tiga wilayah bergolak di negara itu. Kuala Lumpur pula, lebih daripada bersedia untuk memikul tanggungjawab itu berdasarkan rekod mengembalikan keamanan di Selatan Filipina dengan terbentuknya kedaulatan BangsaMoro.
Perkembangan yang berlaku pada hari sama juga cukup bermakna, baik dan dingin. Bahawa Barisan Revolusi Nasional (BRN), antara kumpulan pemisah utama di selatan Thailand dan kerajaan Thailand menandatangani perjanjian untuk mengusahakan peringkat seterusnya damai di wilayah dihuni majoriti penduduk Islam.
Siri rundingan pertama akan diadakan di Kuala Lumpur dalam tempoh seminggu lagi. Thailand sudah pun menamakan delegasi mereka dan Malaysia akan memutuskan siapa mengetuai rundingan dalam tempoh terdekat.
Bersetuju untuk satu rundingan bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana seninya rundingan itu perlu ada penglibatan pelbagai pihak. Dalam kes selatan Thailand, rundingan wajib ada penglibatan pemisah dan wakilnya, begitu juga di pihak Thailand. Di sini, peranan orang tengah atau disebut juga perantara menjadi amat penting. Kalau pemisah setuju untuk menyertai rundingan, ia perlu dimulai dengan risikan dan kemudiannya melahirkan hasrat dan sebelum dicari lokasi rundingan semula siri pertama boleh diusahakan. Semua ini adalah usaha dan bergantung kepada diplomasi kebijaksanaan perantara.
Sudah pasti ia menjadi perkembangan damai yang lebih baik dan maju jika pemisah bersetuju menyertai rundingan. Terdapat beberapa kumpulan pemisah yang berkeliaran di selatan Thailand dan serangan dan pengeboman di Narathiwat baru-baru ini disyaki antara usaha untuk menggagalkan rundingan dan tafsiran banyak pemerhati. Ada kalanya, tafsiran itu benar.
Selain BRN, kumpulan pemisah di selatan Thailand ialah Barisan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dipimpin Presidennya yang baru, Kasturi Mahkota. Terdapat juga Ronda Kumpulan Kecil (RKK) yang ditubuhkan oleh penduduk kampung yang dikatakan kecewa ditindas kerajaan berpusat di Bangkok. Sebuah kumpulan lain yang tidak begitu popular dikenali sebagai Tai Ruam Pak Tai Khong Prathet Tai atau dikenali juga Gerakan Bawah Tanah Bersatu Selatan Thailand.
Walaupun gerakan pemisah di selatan Thailand ada pelbagai, komitmen damai pihak yang terbabit wajar jelas. Di sebalik kepelbagaian gerakan pemisah itu, sememangnya dalam apa jual konflik akan muncul tiga arus. Hal ini dijelaskan dengan baik dalam buku “Sosiologi Konflik dan Isu-Isu Konflik Kontemporer” tulisan Novri Susan (2010). Antara lain, arusnya ialah perdana yang sederhana; pelampau yang vocal dan lembut mengalah. Arus kedua dan ketiga adalah kecil tetapi tetap memainkan peranan besar. Arus perdana merupakan pihak yang mendapat sokongan rakyat yang sentiasa cintakan perdamaian. Tetapi mereka tidak selantang arus pelampau atau pemisah, dan tidak pula mengalah kepada prinsip hak mereka.
Dalam apa jua konflik juga , terdapat hubungannya dengan negara luar dan konteks sejarah yang sangat jelas sehingga dapat dikesan asal usul pertembungan atau kemarahan yang menjadi punca penentangan itu.
Dalam hal selatan Thai, asal usul konflik adalah jelas dan ia berkaitan dengan perjuangan Pattani sebagai empayar besar dan kini hanya memiliki kuasa terbatas dalam wilayah sahaja. Maka penyelesaiannya juga tidak lari daripada kerajaan Thailand (dahulunya Siam) dan Malaysia. Maka, baik Pattani _ dahulunya juga merangkumi Kelantan sekarang dan pusatnya di Bangkok mesti komited terhadap perdamaian.
Saya beberapa kali menyeberangi perbatasan di selatan Thailand. Sama ada untuk tujuan tugasan dan mengeratkan silaturrahim, jujurnya saya akui antara wilayah indah di dunia adalah selatan Thailand. Ciri-ciri perkampungan tradisonal, pemandangan dan ekspresi jujur penduduknya serta bangunan-bangunan yang kekal terpelihara adalah seperti yang ditampilkan dalam filem-filem lama. Tetapi ia kini tidak mencapai kedudukan untuk dikagumi kerana berada dalam kancah peperangan.
Menjadi impian saya, untuk melihat selatan Thai yang damai. Bayangkan jika ia aman, pastinya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia, termasuk dari Malaysia. Pastinya industri pelancong akan muncul sebagai kegiatan paling aktif dalam wilayah selatan yang damai. Dengan ketibaan pelancong yang berpusu-pusu ke Narathiwat, Yala dan Pattani, pastinya ia dapat membangun ekonomi wilayah itu. Pemodal juga akan datang, dan dana wujud untuk memelihara bangunan-bangunan bersejarah yang indah seperti masjid-masjid lama di Pattani dan peninggalan lain sultan-sultan empayar terdahulu.
Dr Azlinariah Abdullah
Sun Mar 03 2013
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.
PM Thailand Paetongtarn tidak tahu rancangan kepulangan Yingluck
Perdana Menteri Thailand berkata beliau tidak mengetahui sebarang rancangan untuk kepulangan ibu saudaranya yang kini hidup dalam buangan, Yingluck Shinawatra.
PM Thailand Paetongtarn arahkan penghantaran bantuan banjir
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra mengarahkan penghantaran bantuan kepada penduduk di wilayah utara yang terjejas akibat banjir.
Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini
Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini, menurut Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.
PM Thailand tamatkan lawatan kerja ke Malaysia
Srettha tiba di Malaysia pada Rabu untuk lawatan sulung selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 Sept lepas.
Agong terima menghadap PM Thailand Srettha di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara hari ini.
PM Thai Srettha Thavisin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan kerja dua harinya.
PM Srettha arah pindah segera rakyat Thailand dari Israel
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan pemindahan segera warga Thailand dari Israel.
UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
PM adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand, Iraq
Anwar turut hadiri sesi perbincangan dengan badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa.