awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Beri makna baru kepada perjuangan parti'

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2013
17:03 MYT
'Beri makna baru kepada perjuangan parti'
“Menang dalam pemilihan UMNO tidak semestinya akan menang dalam PRU-14.”
Itu merupakan pandangan yang diutarakan Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor dimana beliau menegaskan itu merupakan perkara asas yang perlu disedari oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Ujarnya, barisan kepimpinan UMNO perlu mencari makna baru terhadap perjuangan parti untuk digarap dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Beliau turut menambah, UMNO perlu mengenal pasti barisan kepimpinan masa hadapan bermula sekarang jika mahukan perbahasan serta pemikiran baru untuk berlaku.
Sementara itu, turut menyuarakan sentimen yang sama adalah Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dimana beliau menyarankan supaya undian serta suara pengundi muda diambil kira.
Menurut beliau suara generasi muda amat penting untuk didengari untuk melihat corak pemilihan mereka abgi mengenal pasti siapa yang dipilih.
Ini kerana menurut beliau, sebagai penyambung generasi kepimpinan UMNO di masa hadapan, generasi muda lebih mengenali pemimpin yang hampir dengan mereka dan suara mereka perlu dikaji.
Dr Mansor Mohd Noor dan Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program bual biacara Analisis AWANI Khas sempena Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung hari ini.
Topic Berkaitan
#analisis
#Fuad Mat Jali
#majlis tertinggi
#Mansor Mohd Noor
#pemilihan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan