KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Kementerian Ekonomi dan semua kementerian serta agensi berkaitan dengan projek-projek keutamaan di Pahang dapat memberikan perhatian khusus dan menyegerakan projek terbabit.
Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.
"Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Pahang dan mereka akan menikmati manfaatnya dalam jangka masa panjang," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Anwar, ketika melakukan lawatan kerja sehari ke Pahang petang semalam, telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Pahang yang dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan di negeri itu.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican.
Perdana Menteri berkata dalam mesyuarat itu, pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf, membina infrastruktur dan kemudahan rakyat Pahang telah dibentang serta dibincangkan merangkumi aspek pengangkutan, utiliti, perumahan, kesihatan dan pendidikan.
Beliau berkata antaranya projek menaik taraf Jalan Pos Pos Sinderut di Lipis, projek Bekalan Air Luar Bandar untuk Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi serta kawasan Mukim Hulu Tembeling di Jerantut, cadangan pembinaan persimpangan bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan-Chukai serta projek menaik taraf lapangan terbang sedia ada Pulau Tioman di Rompin dan pemanjangan landasan.
Turut dibincang projek meroboh blok kuarters sedia ada dan membina blok baharu tambahan Hospital Tengku Ampuan Afzan, menaik taraf Jalan Sungai Koyan (laluan Raub ke Sungai Koyan ke Ringlet) di Raub dan Lipis, projek pembinaan Kolej Komuniti Jelai di Lipis serta projek pembinaan jalan baharu Kuala Medang ke Tanjung Gahai ke Bukit Kota di Lipis.
Terdahulu, Anwar menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz sebelum ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi sesi taklimat tersebut.
Perdana Menteri seterusnya melakukan jelajah mesra di Bazar Ramadan Taman Kerang dan menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri Pahang di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Anwar dan Al-Sultan Abdullah sama-sama hadir ke Bazar Ramadan Taman Kerang di Kuantan semalam. - Facebook Anwar Ibrahim
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.