awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri sedikit royalti untuk pengajian, sekolah pondok, orang miskin - Husam

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
13/03/2021
02:12 MYT
Beri sedikit royalti untuk pengajian, sekolah pondok, orang miskin - Husam
Husam merupakan individu awal yang mendesak kerajaan persekutuan menyalurkan royalti hasil petroleum dari kawasan bertindih di JDA kepada rakyat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Beri sedikit royalti hasil petroleum kepada rakyat Kelantan untuk tujuan pembiayaan pengajian, sekolah pondok dan golongan miskin.
Itu antara permintaan bekas Exco kerajaan negeri Kelantan, Senator Datuk Husam Musa kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas ketika ini.
Menurutnya, ia adalah sebahagian amanat yang ditinggalkan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tok Guru Nik Aziz telah mencadangkan, kalau diterima duit royalti, ada beberapa bahagian rakyat yang kena dapat bahagian. Salah satunya adalah anak muda. Untuk pelajaran, inovasi dan kreativiti mereka, diberikan geran-geran.
"Kemudian, guru pondok. Agar mereka tak bergantung hidup dengan mana-mana pihak. Yang ketiga, orang miskin dan kurang upaya, diberikan bantuan one-off dan bantuan bulanan sehingga mereka boleh lepas dari garis kemiskinan.
"Sehingga hari ini, kerajaan Kelantan tidak mengumumkan jumlah royalti yang telah diterima. Usahkan nak membantu, nak beritahu rakyat berapa yang diterima pun, sampai hari ini kita tak tahu," katanya.
Husam merupakan individu awal membangkitkan soal itu, yang mendesak kerajaan persekutuan menyalurkan royalti hasil petroleum dari kawasan bertindih di Joint Development Area (JDA), di perairan yang bersempadan dengan Thailand dan Vietnam.
Desakan demi desakan mendorong kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan wang ehsan kepada kerajaan Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bermula 2014, dianggarkan lebih RM200 juta.
Bagaimana pun, semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, wang ehsan disalurkan terus kepada akaun kerajaan Kelantan.
Pada tahun lepas, kerajaan negeri itu memperolehi lebih RM400 juta wang hasil royalti di kawasan tuntutan itu.
Topic Berkaitan
#Nik Abdul Aziz Nik Mat
#Husam Musa
#Pakatan Harapan
#sekolah
#kerajaan
#guru
#rakyat
#Exco
#royalti
#petroleum
#wang ehsan
#kerajaan negeri
#Kelantan
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan