ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 5 Januari 2021.

1) COVID-19: Jokowi dahului vaksinasi besar-besaran Indonesia bermula 13 Jan

Rakyat Indonesia bakal menerima dos pertama COVID-19 pada 13 Januari depan dengan Presiden Joko Widodo bakal menjadi orang pertama mendapatkan suntikan itu.

Laporan Reuters yang memetik Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, program inokulasi Indonesia itu akan dimulakan di Jakarta dan diikuti wilayah-wilayah lain dua hari kemudian.

2) Sepanyol akan beri dua dos vaksin BioNTech-Pfizer - Menteri Kesihatan

Sepanyol akan memberikan dua dos vaksin BioNTech-Pfizer dalam tempoh yang ditentukan oleh pembangun vaksin berkenaan, kata Menteri Kesihatannya, Salvador Illa pada Isnin.

Keputusan tersebut bertentangan dengan perubahan dasar United Kingdom baru-baru ini untuk tidak lagi menyimpan dos vaksin untuk pusingan kedua tiga minggu selepas pemberian dos pertama.

3) Barcelona tunda sesi latihan selepas dua kes positif COVID-19

Barcelona membatalkan sesi latihan hari ini selepas dua staf pasukan utama mereka diuji positif koronavirus.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu sepatutnya mempersiapkan diri bagi perlawanan LaLiga menentang Athletic Bilbao di Stadium San Mames malam esok.

4) Klopp anggap tidak dapat penalti, Alexander-Arnold punca kekalahan kepada Southampton

Jurgen Klopp berasakan kekalahan Liverpool kepada Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi berpunca daripada kesilapan awal Trent Alexander-Arnold dan kegagalan pengadil memberikan pasukannya sepakan penalti.

5) Lima remaja ditahan selepas disyaki umpan, bunuh rakan sebaya

Empat remaja lelaki dan remaja perempuan ditahan polis selepas disyaki melakukan konspirasi membunuh rakan sebaya dengan menikam mangsa sehingga mati.

6) Krisis Teluk: Arab Saudi buka semula sempadan dengan Qatar

Arab Saudi umum buka semula sempadan dengan Qatar berkuatkuasa serta merta, sekali gus membuka jalan menamatkan krisis diplomatic sejak 2017.

Kementerian Luar Kuwait selaku pengantara mengumumkan pembukaan tersebut.

7) COVID-19: Kes positif global cecah 85.5 juta, kematian hampir 1.85 juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 85.5 juta. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

8) Malaysia tetap perjuang hak Palestin walaupun Arab Saudi bekerjasama dengan Israel - Dr Rahmat

Kesediaan Arab Saudi untuk 'menjalin hubungan diplomatik secara penuh' dengan Israel sekiranya rejim Zionis itu memenuhi syarat yang ditetapkan, tidak menimbulkan masalah dengan Malaysia.

9) Vaksin COVID-19: Petugas kesihatan California terima dos kedua

Petugas kesihatan di Selatan California yang pertama menerima dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiga minggu lalu, kini menerima dos kedua.

Jururawat unit rawatan rapi Pusat Perubatan Kaiser Permanente Los Angeles, Helen Cordova, merupakan antara yang beratur bagi menerima suntikan kedua pada Isnin, bersama para doktor dan jururawat yang lain.

10) Bursa AS rendah, pelabur perhati Georgia

Saham di Wall Street ditutup rendah pada Isnin dengan pelabur mengambil kira Pilihan Raya Georgia dan peningkatan kes COVID-19.

Kesemua 3 indeks utama didagangkan menurun ke tahap terendah dalam 2 minggu.