ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 30 Jun 2021.
1. COVID-19 | Bolsonaro terpalit isu rasuah berhubung pembelian vaksin
Tudahan terhadap Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang dipalit rasuah dalam pembelian vaksin COVID-19 menggugat kedudukannya pada masa ini. Ia termasuk terdapat gerakan untuk pendakwaan terhadapnya.
2. PBB desak Israel henti musnahkan harta benda rakyat Palestin
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mendesak rejim Israel menghentikan tindakan memusnahkan harta benda rakyat Palestin di Baitulmaqdis.
3. Lebih 880 orang awam maut, 126 dihukum mati sejak rampasan kuasa di Myanmar
Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan.
4. Baru buka kedai gunting rambut kini terpaksa ditutup
Baru beberapa bulan membuka kedai gunting rambut sendiri, seorang pemuda kini terpaksa menutup kedainya itu ekoran pelaksanaan Perintah Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' sejak 1 Jun lalu.
5. Gelombang panas, 69 terkorban di Kanada
Sekurang-kurangnya 69 orang di kawasan berhampiran bandar raya Vancouver, Kanada meninggal dunia ekoran gelombang panas yang melanda barat negara itu dan barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS), kata polis pada Selasa.
6. Negara anggota PBB lulus dana AS$6 bilion untuk 12 misi pengaman
193 negara anggota setuju dengan dana berkenaan bagi misi sehingga 30 Jun 2022. Ia akan diluluskan secara rasmi dalam Perhimpunan Agung pada Rabu.
7. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia melepasi 181.6 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 181.6 juta. Ini berikutan lebih tiga ratus ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
8. COVID-19 | Angka korban global melebihi 3.93 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini hampiri 4 juta. Berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh dua puluh empat jam lalu, angka kematian global disebabkan virus itu kini melebihi 3.93 juta kes.
9. COVID-19 | Vaksin Moderna berkesan lindungi dari varian Delta
Vaksin Moderna didapati menunjukkan perlindungan tinggi terhadap varian COVID-19 jenis Delta. Perkara ini didedahkan pengeluar vaksin berkenaan, selepas kajian dijalankan saintisnya.
10. Korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada 12 orang, 149 masih hilang
Angka kematian insiden kondominium runtuh di Florida, Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 12 orang. Menurut pihak berkuasa pada Selasa, 149 penghuni masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari keenam.
Astro Awani
Wed Jun 30 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sepanyol lanyak habis Ireland Utara
Sepanyol menang 5-1 ke atas Ireland Utara di Palma de Mallorca ketika pemain tengah Pedri menjaringkan dua gol dalam aksi pemanas badan terakhir La Roja sebelum Euro 2024.
Cristiano Ronaldo nadi utama Portugal - Mancini
"Tidak ada pemain yang mampu menandinginya ketika ini."
Op Samseng Jalanan: 121 penunggang kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat risikan dan aduan awam.
Hentikan pengusiran, pemusnahan Bajau laut - CENTHRA
Kerajaan turut digesa menghormati dan melindungi hak Bajau Laut.
TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji
Tabung Haji akan beri komitmen penuh kepada PDRM yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk tangani isu jemaah haji terkandas.
Fadhlina ucap takziah guru maut kemalangan bas bawa rombongan
Fadhlina Sidek merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Allahyarham Hasnatul Adila Hasan dan pemandu yang meninggal dunia.
KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas langgar 'backhoe'
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.
AWANI Ringkas: Krisis air Pulau Pinang | Huzz dalam kenangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Netanyahu nekad selamatkan lebih ramai tebusan
Netanyahu nekad akan membawa balik semua baki 120 tebusan yang masih dalam kawalan Hamas.
Pelapor Khas PBB label rendah moral negara yang raikan tebusan Israel
Negara meraikan kejayaan menyelamatkan tawanan tetapi tidak mengulas tentang ratusan rakyat Palestin yang terbunuh.
Ratusan maut dan cedera serangan dahsyat Israel di kem Al-Nuseirat
Demi menyelamatkan tawanan Israel, ratusan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Kem Pelarian Al-Nuseirat.
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
Israel kesan nyamuk pembawa virus Nil Barat
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Alam Sekitar Israel mengumumkan pada Jumaat pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat.
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
Kata wakil Palestin ke PBB, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya selama beberapa dekad.
Lebih 36,000 terbunuh dalam 8 bulan perang Israel di Gaza
Daripada jumlah itu, sejumlah 77 nyawa terkorban, sementara 221 yang lain cedera akibat serangan dalam tempoh 24 jam.
Serangan ke atas sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam
Pengarah pejabat media kerajaan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa sekolah PBB itu menyembunyikan pasukan pejuang Hamas.
Tiga terbunuh, 13 cedera dalam serbuan Zionis
Tentera rejim Israel dalam satu kenyataan mendakwa, ketika kejadian mereka kononnya sedang berbalas tembakan dengan pasukan pejuang Islam.
30 terbunuh dalam pengeboman Israel di sekolah Gaza
Menurut sumber, jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.