awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina ucap takziah guru maut kemalangan bas bawa rombongan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
09/06/2024
03:30 MYT
Fadhlina ucap takziah guru maut kemalangan bas bawa rombongan
Kata Fadhlina, Kementerian Pendidikan akan berusaha sebaik mungkin membantu menyokong mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Allahyarham Hasnatul Adila Hasan dan pemandu bas yang meninggal dunia dalam kemalangan bas ekspres yang membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka.
Bas ekspres berkenaan terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah, Kuantan pada awal pagi Ahad.
Fadhlina dalam catatannya di platform X turut mendoakan kesemua guru yang cedera segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa untuk menjalankan amanah sebagai pendidik bangsa.
Katanya lagi, kementerian akan berusaha sebaik mungkin membantu menyokong mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas ini.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga guru Allahyarhamah Puan Hasnatul Adila binti Hasan dan pemandu yang meninggal dunia serta mendoakan roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. --4
— Fadhlina Sidek (@FadhlinaSiddiq) June 9, 2024
Bas berkenaan membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun.
Dalam kemalangan itu, dua maut manakala 37 lagi cedera.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata kejadian yang berlaku sekitar 1.30 pagi Ahad mengakibatkan bas itu terbalik di cerun jalan.
Beliau berkata bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak-anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Nor Azman berkata seorang guru maut di lokasi kejadian manakala pemandu kedua meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#ucapan takziah
#kemalangan bas ekspres
#guru maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan