ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Oktober 2023.


1. Isu keganasan di Palestin jadi tumpuan Sidang Kemuncak GCC-ASEAN

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengulangi sokongan negara itu untuk mencapai penyelesaian kekal kepada perjuangan rakyat Palestin.



2. Malaysia sedia sertai misi kemanusiaan antarabangsa ke Palestin - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap anggota Majlis Keselamatan PBB, terutamanya lima anggota tetap badan dunia itu memainkan peranan mereka sebagai broker keamanan yang jujur dalam mencari penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel.


3. Kekejaman di Gaza: MWCQP hantar nota bantahan kepada Kedutaan AS

Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada Jumaat.


4. Putera Mahkota Arab Saudi gesa operasi ketenteraan di Gaza dihentikan

Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman yang sedih menyaksikan keganasan yang semakin meningkat di Gaza menyeru agar operasi ketenteraan dihentikan di bandar-bandar yang terkepung.


5. Empat hospital di Gaza lumpuh

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu yang dikepung, lumpuh ekoran menjadi sasaran langsung serangan udara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra).


6. Gereja Ortodoks Baitulmaqdis kecam serangan Israel ke atas gereja di Gaza

Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.


7. 1,000 tan makanan sedia menanti di sempadan, tunggu masa masuk Gaza

Pintu lintasan Rafah ke Gaza akan dibuka selama beberapa jam pada hari ini (Jumaat) untuk membenarkan penghantaran bantuan yang diperlukan, lapor media Mesir.


8. Colombia buka kedutaan di Palestin - Presiden Petro

Presiden Colombia Gustavo Petro pada lewat Khamis mengumumkan negaranya akan membuka kedutaan di pusat bandar Ramallah di Palestin.


9. China sedia berhubung dengan Rusia bantu akhiri krisis Gaza - Laporan

Kerajaan China bersedia berkoordinasi dengan Rusia untuk membantu meredakan krisis yang kian berlanjutan antara Israel-Palestin, kata Utusan China di Timur Tengah, Zhai Jun, kepada rakan sejawatan dari Rusia, lapor Al Jazeera yang memetik media China.


10. Suspek utama pembunuhan Presiden Haiti ditahan

Salah seorang daripada suspek utama dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, telah ditahan pada hari Khamis di Haiti, lapor agensi berita Jerman (dpa).