INTREND
[BERITA CANTIK] Gempar! H&M bakal lancarkan produk kecantikan terbaru
![[BERITA CANTIK] Gempar! H&M bakal lancarkan produk kecantikan terbaru [BERITA CANTIK] Gempar! H&M bakal lancarkan produk kecantikan terbaru](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/http://intrend.com.my/getmedia/c6bca3ef-9dd8-41ad-a03b-cb9fc79117ab/H-M.jpg.aspx?width=295&height=200&ext=.jpg)
Jenam fesyen terkenal H&M bakal mengembangkan lagi perniagaan mereka dalam bidang kecantikan. Pada musim panas tahun lalu, H&M berjaya melancarkan 700 produk kecantikan, kini H&M tampil 30 produk terbaru yang dilancarkan dan dijual di seluruh store H&M. Koleksi terbaru ini, Conscious Collection yang terdiri daripada produk penjagaan badan, wajah dan rambut seperti deodorant hingga masker wajah.
Menurut Concept Designer at H&M Beauty, Sara Wallander, H&M banyak menawarkan pelbagai koleksi pakaian dan aksesori, kini satu kelainan buat H&M dengan menampilkan koleksi produk kecantikan dari segi penjagaan wajah dan badan. Buat pengetahuan semua, Conscious Exclusive Collection akan dilancarkan pada 7 April 2016 di seluruh store H&M. Buat penggemar fesyen H&M, pastinya tidak sabar akan keluaran produk kecantikan terbaru H&M. Nantikannya!
Gambar : H&M











Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami