Label fesyen Saint Laurent, membuka lagi satu butik yang terbesar di dunia di Tokyo, Jepun. Butik terbaru ini merangkumi 929 meter persegi (10,000 kaki persegi) dan lokasinya terletak di Omotesando, Tokyo. Hiasan dalaman yang direka berkonsep minimalis dengan sentuhan black marble, glass, brass dan fabrik kulit digunakan pada tempat duduk ruang menunggu. Memilih garisan penuh hitam putih bagi memperagakan produk Saint Laurent seperti koleksi ready to wear, barangan kulit dan aksesori lelaki dan wanita.
Bersempena pembukaan butik ini, Saint Laurent akan menjual koleksi edisi terhad surfboards yang direka oleh artis daripada Los Angeles, Lucia Ribisi. Hanya 10 koleksi ini boleh didapati di seluruh dunia denga harga US$6,615.

sl_tokyo1.jpgsaint_laurent_tokyo_20151207_02_620_465_100.jpgsenatus_4cIam6-2.jpg