Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Julai 2026.
 

  1. PM Thailand tiba untuk mulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia

    Pesawat khas yang membawa Anutin dan isterinya Thananon Charnvirakul, mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 11.11 pagi.
     

  2. Piala Dunia Taolu: Pasukan wanita negara rangkul emas acara Duilian

    Gandingan mantap Lee Jia Rong, Pang Pui Yee dan Tan Cheong Min mempamerkan persembahan teknikal yang memukau untuk mencatatkan 9.660 mata.
     

  3. Hutang 1MDB: Kerajaan tanggung beban RM51.4 bilion

    Kerajaan masih perlu menanggung Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Islamic Medium Term Notes) yang dijamin kerajaan berjumlah RM8.9 bilion.
     

  4. Kes tikam: Suspek tidak puas hati dengan beberapa individu kerana dibuli - Polis

    Suspek kes tikam di sebuah sekolah di Banting dipercayai menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap beberapa individu yang didakwa pernah membulinya.
     

  5. SPRM siasat pemilikan hartanah mewah RM59 juta terkait dana 1MDB

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata aduan berhubung perkara itu diterima pada 15 Jun lalu sebelum kertas siasatan dibuka sehari kemudian.
     

  6. Pembatalan NSM: 'Perlu tindakan diplomatik tegas terhadap Norway, kita negara bermaruah' 

    Beliau menggesa tindakan diplomatik lebih tegas dikenakan terhadap Norway susulan tindakan sebuah syarikat negara itu menghentikan pembekalan peralatan kepada TLDM.
     

  7. Malaysia, Thailand percepat penyelesaian isu perikanan

    Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat penyelesaian isu perikanan yang masih tertangguh antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

     
  8. Kes tikam rakan sekolah: 10 nama pelajar tular dipanggil beri keterangan

    Polis telah mengambil banyak rakaman percakapan, termasuk daripada 10 pelajar yang namanya tular di media sosial, bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan yang ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting pada Isnin.

     
  9. Badan khas diperlukan tangani buli, gengsterisme di sekolah - NGO

    Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menubuhkan badan khas atau agensi khusus bagi memantau keselamatan serta kebajikan pelajar di sekolah, sekali gus membantu mengurangkan beban guru dalam menangani isu disiplin, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.
     
  10. PRN Johor: ‘Empat tahun lepas saya di sini bersama Bossku’ - Zahid imbau kenangan kempen bersama Najib

    Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengimbau kenangan berkempen bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Must Watch Video

Advertisement