ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Julai 2026.
1. PRN Johor: Maszlee anggap kemenangan DUN Puteri Wangsa sebagai amanah besar
Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyifatkan kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Negeri Johor sebagai satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.
2. PRN Johor: Onn Hafiz hargai sokongan pengundi, komited akan terus berkhidmat
Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas sokongan yang diberikan kepadanya selepas Barisan Nasional mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.
3. PRN Johor: Pas hormati keputusan rakyat, gesa Nga Kor Ming tunai janji letak jawatan
Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan Pilihan Raya Negeri Johor perlu diterima dengan hati terbuka, sambil menyifatkannya sebagai medan muhasabah kepada Pas dan Perikatan Nasional bagi memperbaiki kelemahan menjelang pilihan raya akan datang.
4. PRN Johor: PN terima keputusan, akan terus jadi suara rakyat
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati terbuka serta menghormati proses demokrasi yang telah berlangsung.
5. PRN Johor: 'Nga Kor Ming hanya letak jawatan jika Najib dibebaskan'
Nga Kor Ming menegaskan beliau hanya akan meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan tanpa menjalani hukuman yang setimpal, walaupun telah disabitkan bersalah.
6. PRN Johor: PH hormat keputusan rakyat, perkukuh persiapan PRN Negeri Sembilan
Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dimenangi Barisan Nasional (BN) semalam dan menerima keputusan itu sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.
7. PRN Johor: Onn Hafiz selesai angkat sumpah Menteri Besar Johor
Datuk Onn Hafiz Ghazi selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, di Istana Bukit Serene petang Ahad.
8. Rakyat perlu kekal sihat, berdikari harungi fasa negara menua - Wan Azizah
Rakyat Malaysia digesa mengamalkan budaya hidup sihat dan berdikari bagi memastikan mereka mampu kekal berdikari dalam mengharungi fasa negara menua.
9. Zii Jia dedah detik paling sukar, mahu kembali nikmati badminton
Pemain badminton profesional bebas, Lee Zii Jia hari ini membuka cerita mengenai perjuangan yang dilaluinya sepanjang setahun lalu.
10. Penduduk fail saman RM1.3 juta, dakwa projek ECRL jejaskan keselamatan kediaman
Penduduk Taman Mutiara Gombak 2 memfailkan saman menuntut ganti rugi khas berjumlah RM1.33 juta susulan dakwaan kerosakan kediaman serta risiko keselamatan akibat kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).