Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Julai 2026.
 

  1. Zizie Izette bebas semua tuduhan subahat kes rasuah RM2.8 juta

    Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes terhadap Zizie Izette melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

  2. eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar

    Anwar berkata walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.

  3. Jabatan Laut tubuh pasukan khas tuntut gaji tertunggak 13 kru MV Berkat Tuah

    Enam bulan gaji kru terbabit masih belum dijelaskan, namun sebahagian bayaran sudah diterima sebelum itu.

  4. Beban hutang kerajaan bertambah kerana kos faedah pembayaran hutang lama - PM Anwar

    Peningkatan hutang kerajaan ketika ini sebahagian besarnya berpunca daripada kos faedah yang tinggi serta komitmen membayar hutang lama, termasuk berkaitan skandal 1MDB.

  5. Tunku Azizah pelawa Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran pindah ke tanah milik baginda

    Tengku Ampuan Pahang menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap isu pertikaian tanah yang membabitkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Cot, Maran.

  6. Inkues akan diadakan siasat kematian kes tembakan di durian tunggal - AGC

    Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan satu prosiding inkues diadakan bagi menyiasat kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka tahun lepas.

  7. Wang RM8 juta daripada FashionValet masuk akaun syarikat 30 Maple - Saksi 

    Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa sejumlah wang RM8 juta dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat 30 Maple Sdn Bhd menerusi dua transaksi daripada akaun bank FashionValet Sdn Bhd, lapan tahun lepas.
     
  8. PM mohon maaf jika nada teguran terhadap penjawat awam dianggap terlalu keras

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf sekiranya ada pihak merasakan nada tegurannya terhadap penjawat awam dalam pelbagai program sebelum ini kedengaran terlalu keras.
     
  9. Dewan Negara lulus RUU Jenayah Siber 2026

    Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang bertujuan untuk memperkukuh kerangka perundangan negara dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.
     
  10. MCMC panggil individu bantu siasatan kes 3R terhadap Tuanku Muhriz

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan kes memuat naik kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) terhadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Must Watch Video

Advertisement