Skip to main content

Malaysia

'Saya terkilan, kecewa pembubaran Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman' - Ayob Khan

KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap pada sidang media pada Program Lawatan Hospital sempena Hari Polis ke 219 di Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital, UKM hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ayob Khan berkata pembubaran Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menyebabkan keupayaan yang dibina sejak 2009 tidak dapat diteruskan. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan pembubaran Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada Februari 2013 sebagai antara detik paling mengecewakannya sepanjang hampir 35 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata beliau, pembubaran jabatan berkenaan menyebabkan keupayaan yang dibina sejak 2009 tidak dapat diteruskan.

Menurutnya, beliau masih berasa kecewa dengan keputusan itu.

“Sepanjang kerjaya saya, perkara yang paling saya terkilan ialah pembubaran Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada Februari 2013.

“Kami membangunkan pasukan itu dari 2009 hingga 2013. Apabila ia dibubarkan, memang saya amat kecewa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, di sini, pada Ahad.

Mengulas isu integriti dalam PDRM, Ayob Khan menegaskan kepimpinan pasukan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam rasuah, penyalahgunaan kuasa atau kegiatan jenayah tanpa mengira pangkat.

“Kalau kita tidak tegas, kita sebenarnya melindungi salah laku itu sehingga akhirnya menjadi budaya.

“Jangan ada kompromi. Kalau ada yang melakukan kesalahan, ambil tindakan. Jangan kira pangkat. Jika rasuah dianggap budaya, rosaklah pasukan ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepimpinan tertinggi perlu menunjukkan teladan kerana ketegasan dari peringkat atasan akan mempengaruhi budaya kerja di semua peringkat organisasi.

 

Must Watch Video

Advertisement