ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Ogos 2026.
1. DKU isytihar pengumuman 19 April tidak sah, muktamadkan kedudukan tiga Undang
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan mengisytiharkan pengumuman bertarikh 19 April 2026 sebagai tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kesan perundangan, selain mengesahkan kedudukan semasa beberapa jawatan utama dalam institusi adat negeri itu.
2. Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah
Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam satu kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Khamis.
3. Rumah Bangsa: 84 pemimpin, ahli PKR Sungai Manik keluar parti, mohon sertai UMNO
Seramai 84 orang ahli dan pemimpin PKR Ranting DUN Sungai Manik mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan yang disandang, berkuat kuasa serta merta semalam.
4. Glasgow 2026: Emas pertama Azizulhasni lengkapkan hari gemilang Malaysia
Kontinjen negara terus menuai kilauan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 apabila jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia selepas menjuarai acara keirin lelaki di Veldrom Sir Chris Hoy, malam tadi.
5. Guru wanita jatuh perigi sedalam lebih lima meter di Pasir Mas
Seorang guru wanita berusia 56 tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 5.48 meter berjaya diselamatkan pasukan bomba, di Kampung Bata Chicha Tinggi, Pasir Mas pagi ini.
6. Ikuti keputusan terkini PRN Negeri Sembilan di portal khas Astro AWANI
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan keputusan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi portal khas Astro AWANI di https://pru.astroawani.com/.
7. Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia berdepan hukuman penjara seumur hidup
Juruterbang warga Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram (kg) dadah ke negara itu berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
8. Setiap inci tanah negeri wajib dipertahankan daripada penerokaan, pencerobohan haram - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan setiap inci tanah negeri wajib dipertahankan daripada sebarang bentuk penerokaan, pencerobohan atau penguasaan tanah secara haram.
9. Terbuka Taiwan: Beregu bidan terjun negara mara ke final dalam kejohanan kedua disertai
Aaron Chia-Aaron Tai melangkah ke final Terbuka Taiwan apabila mengenepikan wakil tuan rumah di Arena Taipei.
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihanraya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16) disifatkan sebagai bukti jelas bahawa rakyat memilih kestabilan politik dan kepimpinan yang mampu mentadbir negeri untuk kepentingan semua lapisan masyarakat.