ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 September 2026.
Penagih dadah wanita catat peningkatan tahun lepas - AADK
Jumlah wanita yang dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negara ini merekodkan peningkatan daripada 8,638 orang pada 2024 kepada 8,926 orang tahun lepas.
Isu pengampunan Najib: 'Saya nyatakan pandangan secara jujur demi kepentingan negara' - Hannah Yeoh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan pandangan yang disuarakannya dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan Jumaat lalu berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak dibuat secara jujur dan berterus terang, berlandaskan hati nurani serta demi kepentingan negara.
KDN tegas musnah rantaian sindiket pas kerja haram daripada akar umbi - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas untuk memusnahkan rantaian sindiket yang memanipulasi sistem pekerja asing dan memalsukan dokumen daripada akar umbi tanpa sebarang toleransi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Kenaikan bil elektrik: Kerajaan teliti langkah mitigasi segera esok
Mesyuarat itu membabitkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Suruhanjaya Tenaga, TNB serta Kementerian Kewangan.
Keretapi Sarong 2026 meriahkan sambutan Hari Malaysia di seluruh negara
Kehadiran puluhan ribu rakyat yang menggayakan pakaian tradisional, sekali gus memperkasakan warisan budaya tempatan serta memupuk semangat perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia.
Malaysia gesa serangan ke atas kawasan awam di kota suci dihentikan segera - PM Anwar
Sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci tidak boleh diterima.
MA63 perlu terus jadi naratif nasional - Mustapha Sakmud
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus diangkat sebagai naratif nasional bagi memastikan semangat pembentukan Malaysia diterjemahkan dalam kehidupan setiap rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.
MCA masuk 'gear 5', siap sedia hadapi PRU16 - Wee Ka Siong
MCA sudah berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.
Hari Malaysia 2026: PM Anwar umum beberapa ikhtiar ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa beberapa ikhtiar penting demi meringankan beban rakyat serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.
Rakyat Malaysia dinasihat kekal tenang, waspada jika terima amaran kecemasan Arab Saudi
Rakyat Malaysia yang menerima amaran menerusi Platform Amaran Awal Nasional Arab Saudi dinasihatkan supaya kekal tenang, berwaspada dan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu.